Warna putih dipilih disebabkan mendiang Paul Walker yang merupakan seorang peminat besar Supra A80 dan beliau pernah memiliki salah satu daripada Supra berwarna putih ketika masih hidup.
Untuk itu, GR Supra ini dilayangkan dengan warna matte white, sayap belakang yang diinspirasikan daripada model Supra Mk4, serta set rim ikonik BBS LM bersaiz 20 inci.

Bagi anda yang perasan, Supra putih yang dipandu oleh watak Brian O'Conner dalam babak akhir Furious 7 juga sebenarnya turut dipasangkan rim BBS LM.
Aspek prestasi turut diberikan penekanan, di mana Tom's Racing mendatangkan unit Power Box yang mampu meningkatkan kuasa enjin 3.0 liter enam silinder sebaris BMW itu kepada 420 kuasa kuda, serta sistem suspensi KW V3 boleh laras.
Pihak Tom's Racing bercadang untuk membina sekadar tiga unit sahaja Supra khas ini, dengan harga jualan bermula dari 12,970,000 yen (RM486,850).

Tawaran akan dibuka sehingga 31 Oktober ini bagi mereka yang berminat, namun pembeli yang berpotensi pula akan dipilih menerusi cabutan nama sekiranya terdapat lebih daripada tiga orang yang berminat untuk membawa pulang Supra putih ini.