Surat MITI tak diterima sehingga Rabu depan

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menerima surat kebenaran dari MITI untuk melakukan sebarang pergerakan rentas negeri sehingga Rabu minggu hadapan.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, tindakan itu dibuat untuk memastikan tidak ada pihak yang menyalahguna surat CIMS dari MITI untuk melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan menyambut Aidiladha Selasa ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana mengesan peningkatan jumlah kenderaan untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.

Semua sekatan jalan raya di sempadan negeri diarahkan untuk tidak menerima dokumen Miti sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh bermula dari semalam sehingga 21 Julai (Rabu hadapan) bagi perjalanan merentas negeri.

Pergerakan untuk tujuan vaksinasi dan kesihatan bagaimanapun dibenarkan.

Nampaknya masih wujud kelompok yang degil dan merasakan semua agensi kerajaan berada di bawah standard kepintaran akal mereka.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau juga…
Berita Domestik
Nampaknya ini bakal berubah kerana ada desas-desus kuat yang mengatakan bahawa Kawasaki bakal…
Berita Domestik
Perjalanan merentas sempadan dan negeri masih tidak dibenarkan di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan…