Surat rentas negeri, TIADA SOP baharu

oleh SALINA JALIL|
Polis daerah Chukai menafikan wujud prosedur operasi standard (SOP) baharu kononnya borang rentas negeri diluluskan dengan tandatangan pegawai polis terlebih dulu sebelum pemohon mengisi borang berkenaan.


Susulan itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan yang ditularkan di media sosial semalam bersama pemalsuan tandatangan pegawai polis yang terdapat pada satu borang rentas negeri kosong.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Borang rentas negeri kosong milik Balai Polis Chukai yang lengkap bertanda tangan Ketua Balai Polis Chukai ditularkan di media sosial dengan tulisan 'dapat info SOP terbaru ialah approve (lulus) dulu baru isi form.'

 

"Saya menafikan dan maklumat itu palsu kerana polis tidak pernah mengeluarkan sebarang SOP baharu rentas negeri sebagaimana didakwa.

 

"Siasatan awal dijalankan juga mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang berkenaan.

 

"Difahamkan borang itu dikeluarkan kepada seorang wanita untuk merentas negeri ke Kuala Lumpur untuk menghadiri temu duga yang dijadualkan hari ini," katanya.

 

Hanyan berkata, satu kertas siasatan polis dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan iaitu pemalsuan bagi maksud hendak menipu dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JSPT akan siasat kejadian yang berlaku dan daripada segi pematuhan kepada prosedur operasi…
Berita Domestik
"Jadi, apa-apa prosedur yang tidak terpakai dan relevan pada EV ini kita perlu buat perubahan. Ini…
Berita Domestik
  Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang…