Surirumah rugi RM22,000 beli kereta murah dari Singapura

oleh Mohamad Hanif|
Seorang surirumah, 40 tahun berasal dari Pasir Gudang mengalami kerugian berjumlah RM22,000 akibat ditipu sindiket jual kenderaan dari Singapura.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Wanita yang mahu digelar sebagai Chong itu menjumpai satu hantaran kenderaan untuk dijual bernilai RM16,000 yang dimuatnaik menerusi Facebook oleh pengedar kenderaan terpakai pada 16 April.

Beliau kemudian menghubungi nombor telefon yang tertera dan wakil jurujual itu bersetuju untuk membantu urusan permohonan permit dan kebenaran dengan bayaran permulaan berjumlah RM2,500.

Malah, Chong juga turut memberikan salinan myKad dan lesen pemandu untuk tujuan pemindahan pemilikan pada 20 April.

Dalam satu sidang media, Chong memberitahu, "Saya mahu berfikir terlebih dahulu, namun jurujual itu kerap kali menghubungi saya dalam masa beberapa minggu, dan saya fikir dia benar-benar mahu membantu urusan pembelian ini."

Setelah melakukan pemeriksaan latar belakang pengedar tersebut, Chong akhirnya membuat pembayaran dalam talian berjumlah RM2,500 kepada akaun persedirian pada 19 Mei, sebelum membuat tiga lagi transaksi terhadap tiga akaun yang berbeza pada 21 Mei (RM4,010), 22 Mei (RM6,000) dan 24 Mei (RM9,500) menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira RM22,010.

"Saya mengesan sesuatu yang tidak kena apabila jurujual itu meminta tambahan RM17,000 mendakwa nilai tersebut diperlukan untuk pembayaran cukai untuk melepaskan kereta tersebut daripada Jabatan Kastam Malaysia.

"Apabila saya menolak, jurujual itu cuba untuk menakutkan saya dengan menyatakan pegawai Kastam akan datang mencari disebabkan butiran myKad yang sudah pun dihantar kepada pihak berkuasa.

Chong turut menambah, jurujual itu masih lagi mengganggu beliau setelah laporan polis dibuat pada hari yang sama.

Dalam pada itu, bekas anggota Majlis Perbandaran Pasir Gudang Mok Meng Haw dan Ku Chee Chen mengingatkan orang ramai agar sentiasa lebih berwaspada sebelum memindahkan wang kepada individu yang tidak dikenali.

OCPD Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan laporan polis telah dibuat dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Mangsa tertarik untuk membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard 3.5 secara ansuran bulanan…
Berita Global
Christian von Koenigsegg kini bersedia untuk memperkenalkan lebih banyak model supercar mampu milik…