Suspek bakar kereta polis bantuan demi rating tinggi di TikTok - Polis

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seorang penghantar makanan yang ditahan kerana membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara awal pagi semalam dipercayai bertindak demikian untuk meningkatkan rating di aplikasi TikTok.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan petang semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya memaklumkan suspek berusia 25 tahun itu bertindak demikian agar video rakaman perbuatan itu dapat dimuat naik melalui telefon bimbitnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata siasatan awal mendapati suspek juga turut menconteng carutan antikerajaan di dinding hentian bas berhampiran kereta terbakar itu.

 

2

 

Pihak polis juga kini sedang menyiasat sama ada suspek dikaitkan dengan mana-mana parti politik atau kumpulan pelampau.

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 435/427 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Baca: Proton Preve polis bantuan terbakar dibaling "molotov cocktail"

 

 

Sumber: malaysiakini

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 4.30 petang, 12 Ogos lalu di sebuah rumah di Felda Serting Hilir…