Suspek tabur paku bukan geng tarik kereta, tapi di bawah pengaruh dadah

oleh Mohamad Hanif|
Polis dalam satu kenyataan menafikan pemandu Nissan Almera yang dilapor menabur paku di persimpangan lampu isyarat di Ipoh mempunyai kaitan dengan geng tarik kereta.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek melakukan perkara sedemikan kerana berada di bawah pengaruh dadah.

"Motif pelaku hanya kerana dia di bawah pengaruh dadah susulan hasil ujian air kencing mendapati dia positif.

"Dia bukan seorang mekanik, bukan juga bersekongkol dengan 'geng' tarik kereta. Dia seperti (kelihatan) 'psiko' sedikit kerana pengaruh narkotik," katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Katanya, penahanan suspek bererti kes itu sudah selesai.

Kelmarin, media melaporkan penahanan suspek di Changkat Larang, Lahat, di sini, kira-kira jam 3 pagi dan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif dilapor berkata, pihaknya menjejaki suspek selepas mengesan video tular berdurasi 24 saat.

Beliau mengesahkan turut menerima laporan polis berhubung kejadian daripada pengguna jalan raya yang mengalami tayar bocor selepas melalui kawasan itu.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Berita Domestik
Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu…