SUV Borgward BX5 mula dijual - harga dari RM119k-RM157k, lima varian ditawarkan

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Borgward Malaysia menerusi acara jelajah yang dianjurkan di Juru Auto City Pulau Pinang nampaknya telah memulakan jualan bagi SUV Borgward BX5 untuk pasaran Malaysia. 

SUV pemasangan tempatan (CKD) itu kini ditawarkan dalam lima varian utama  seperti yang disenaraikan di dalam laman web rasmi Borgward Malaysia. 

Dua varian terendah didatangkan dengan enjin 1.4 liter TGDI yang menghasilkan 147 hp dan 250 Nm pada putaran enjin 1,750-4,000 rpm, sebelum disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi auto enam nisbah kelajuan. 
 


Peralatan standard yang dilengkapkan termasuklah lampu utama halogen automatik, DRL, lampu belakang LED, rim 19 inci, sistem kemasukan tanpa kunci, sistem hiburan dengan paparan lapan inci, pendingin hawa dengan penapis udara terbina, dan juga alat pembaca tol terbina dalam!

Manakala tiga varian tertinggi pula hadir dengan enjin 2.0 liter TGDI dengan 221 hp dan 300 Nm daya kilas (1,500-4,500 rpm), sistem pacuan semua roda dan transmisi auto yang sama. 

Sudah tentu varian tertinggi hadir dengan kelengkapan yang lebih banyak seperti sensor parkir hadapan, tailgate berkuasa elektrik, cermin sisi boleh lipat dengan lampu lopak, dan sistem pendingin hawa dua zon. 
 


Dari segi keselamatan, ciri seperti ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Kawalan Cengkaman, Bantuan Brek, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), Bantuan Mula Mendaki (HAC), dan Sistem Differential Elektronik (EDS) didatangkan sebagai ciri standard. 

Ciri Bantuan Menurun Cerun (HDC) hanya dikhususkan kepada tiga varian yang lebih tinggi. 

Harga jualan pula adalah seperti berikut: 

  • BX5 1.4T - RM118,950
  • BX5 1.4T (TS) - RM130,950
  • BX5 2.0T - RM138,950
  • BX5 2.0T (TS) - RM150,950
  • BX5 2.0T (CRS) - RM156,950

 


Empat warna pilihan ditawarkan (merah, hitam, emas dan putih), dan setiap pembelian layak untuk menerima Borgward Privileges berupa:

  • jaminan selama lapan tahun tanpa had perbatuan
  • servis percuma lima tahun(termasuk alat ganti dan kos buruh)
  • kad petrol percuma Borgward RedBlack (dua tahun)
  • bantuan tepi jalan dengan kos tunda percuma
  • RedBlack Premier (cashback untuk lima tahun)
     


Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut sumber yang enggan dikenali memberitahu Pandaily, "jenama Borgward tidak akan berjaya,…
Berita Domestik
Borgward Malaysia bakal memulakan fasa pemasangan tempatan (CKD) bagi model BX5 yang dijangka pada…