SUV Elektrik Mercedes EQC sebagai jentera peronda polis Jerman

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu acara General Police Equipment Exhibition & Conference yang berlangsung di Frankfurt, Jerman, Mercedes-Benz telah mempersembahkan portfolio baharu untuk kegunaan pihak berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat 15 buah kenderaan yang dipamerkan, termasuklah Mercedes EQC yang telah diberikan layangan liveri pasukan polis Jerman untuk pertama kalinya. 

Seperti biasa, beberapa kelengkapan standard pasukan polis turut diberikan seperti contoh sistem komunikasi serta ciri yang dipertingkatkan untuk kegunaan pihak berkuasa. 
 


Selain daripada Mercedes EQC, terdapat juga model GLC F-Cell yang kini sudah pun berkhidmat untuk pasukan polis Hamburg. 

Kenderaan berkuasa hidrogen itu menggandingkan dua teknologi terbaik iaitu ciri pemanduan sifar emisi untuk kegunaan bandar, serta sistem enjin pembakaran dalaman untuk perjalanan jauh. 

Mod EV pada GLC F-Cell ini boleh diaktifkan berdasarkan strategi harian rondaan yang merangkumi kondisi trafik, keadaan topografi, had laju dan data navigasi untuk penjimatan bahan api. 
 


Terdapat juga van saiz pertengahan Vito yang telah diubahsuai, kesemuanya untuk kegunaan pasukan polis, dan terdapat dalam tiga konfigurasi jarak antara roda yang berbeza. 

Untuk memudahkan urusan operasi seharian, kusyen tempat duduk telah diratakan manakala sistem tali pinggang keledar pula direka lebih panjang dan fleksibel terutama ketika pasukan polis memakai suit lengkap. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Itu antara yang disuarakan oleh Gloucestershire Constabulary yang merupakan pasukan polis dengan…
Berita Global
Seperti contoh, Volkswagen ID.4 yang digunakan di Greece, Mercedes EQC di Jerman, Chevrolet Bolt di…
Berita Global
Ia bukanlah sebuah supercar, bukan sebuah hypercar, akan tetapi sebuah trak pikap yang memiliki…