SUV elektrik Toyota bZ4X muncul di HQ Toyota Shah Alam, pelancaran dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor sebelum ini mengesahkan kehadiran SUV elektrik sepenuhnya Toyota bZ4X yang dijadualkan pelancarannya pada tahun ini (2023).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sumber Careta memaklumkan SUV elektrik itu kini berada di ibu pejabat Toyota Shah Alam, memberikan petanda ia bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
 

bzfx


Buat masa ini, tidak banyak info yang boleh diketahui berkenaan spesifikasi Toyota bZ4X 2023.

Di pasaran Indonesia, Toyota menjual bZ4X versi pacuan roda hadapan berkuasa 204 PS dan 266 Nm, sementara pasaran Thailand pula menerima versi pacuan semua roda (AWD) berkuasa 218 PS dan 337 Nm.
 

bzfx


Pek bateri berkapasiti 71.4 kWh pula membenarkan jarak pemanduan sehingga 500 km untuk versi FWD, atau 411 km untuk versi AWD (mengikut data WLTP).

Kedua-dua versi yang dilancarkan di Asia Tenggara ini menyokong pengecasan AC 6.6 kW, serta pengecasan pantas DC sehingga 150 kW.

Lebih banyak info bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi kelak, nantikan di Careta.my.

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota bZ4X itu juga boleh bersiap sedia untuk acara-acara tertentu apabila diperlukan.   Menurut…
Telah Diuji
bZ yang bermaksud Beyond Zero (pengeluaran asap sifar) sebenarnya dihasilkan sebagai projek usahama…
Model Terbaharu
Kini, SUV elektrik tersebut diperlihatkan secara rasmi sekali lagi di HQ UMWT di Shah Alam…