SUV kuasai pasaran Eropah pada Mei '19, Kump. VW dominasi segmen

oleh Muhammad Md Tajudin|
VW T-Cross
VW T-Cross
Fenomena SUV adalah satu gelombang global dan kenderaan jenis ini semakin mendominasi pasaran seperti yang boleh dilihat pada prestasi jualan kenderaan Eropah pada bulan Mei 2019.

Satu perkara tentang pasaran Eropah ialah ia sebenarnya mengalami penyusutan. Senario ini berlaku sejak September 2018 hingga Mac 2019.

Jualan hanya kembali stabil dua bulan-bulan berturut termasuk Mei 2019. Secara keseluruhannya sebanyak 1.44 juta kenderaan didaftarkan di Eropah pada Mei 2019 iaitu peningkatan sebanyak 0.2 peratus berbanding Mei 2018.

Walau bagaimanapun perbandingan tempoh tahun ke tahun menyaksikan penurunan sebanyak dua peratus kepada 6.91 juta kenderaan berbanding Mei 2018. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
JATO - Jualan mengikut jenama dan model
JATO - Jualan mengikut jenama dan model

 

Di sebalik penurunan jualan pada tahun ini, pendaftaran kenderaan pada Mei 2019 adalah tertinggi untuk bulan yang sama sejak 2007. Jualan Mei pada tahun tersebut juga mencatat angka sama iaitu 1.44 juta unit.

Prestasi jualan di Eropah sebenarnya sekali lagi disumbangkan oleh segmen SUV yang mengimbangi penurunan jualan segmen tradisional.

Permintaan terhadap segmen subkompak, kompak, sederhana, eksekutif/kereta mewah dan MPV kesemuanya jatuh pada bulan Mei.

Permintaan segmen SUV melawan arus dengan peningkatan sebanyak sepuluh peratus kepada 534,700 unit.

 

JATO - Pegangan pasaran mengikut segmen

 

Segmen SUV terus mendominasi pasaran Eropah dengan penguasaan sebanyak 32.7 peratus yang menyaksikan peningkatan penguasaan pasaran meningkat kepada 3.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Setakat bulan Mei 2019, jualan SUV adalah sebanyak 2.56 juta unit di Eropah dengan peningkatan sebanyak lapan peratus berbanding Januari hingga Mei 2018.

Secara lebih spesifik, perkembangan jualan SUV ini disumbangkan oleh permintaan kuasa terhadap model SUV bersaiz kecil dan kompak.

Kedua-dua jenis model tersebut mewakili 81 peratus daripada pendaftaran segmen SUV. Prestasi tersebut disebabkan oleh penerimaan baik terhadap dua model SUV kecil iaitu Volkswagen T-ROC dan T-Cross, Hyundai Kona dan Dacia Duster.

 

Dacia Duster
Dacia Duster - SUV terlaris pada bulan Mei 2019. Harga bermula dari £9,995 (RM52,442)

 

Sambutan tersebut meningkatkan jualan sebanyak 13 peratus kepada 209,600 pendaftaran. Pencapaian tersebut adalah suatu yang signifikan dalam tempoh sepuluh tahun lalu bila mana hanya 125,000 unit SUV kecil didaftarkan sepanjang tahun 2009.

Selain itu permintaan terhadap SUV kompak meningkat sepuluh peratus kepada 225,900 unit yang didahului oleh Volkswagen Tiguan, Peugeot 3008, dan Nissan Qashqai.

Jika dibuat hitungan kesemua sub segmen seperti SUV bersaiz kecil, kompak, sederhana dan besar, Kumpulan Volkswagen mendominasi segmen ini.

Kumpulan daripada Jerman itu berjaya mendaftarkan 123,000 unit SUV pada Mei dengan peningkatan sebanyak 29 peratus. PSA di tempat kedua dengan 93,100 pendaftaran dengan peningkatan 12 peratus.

 

VW Tiguan

 

Pakatan Renault-Nissan pula menyaksikan penurunan dalam segmen iaitu sebanyak lima peratus kepada 83,300 pendaftaran. 

Walaupun menurun, SUV daripada pakatan tersebut iaitu Dacia Duster mendahului ranking SUV terlaris dengan jualan sebanyak 20,542 unit manakala Volkswagen Tiguan di tempat kedua dengan 19,165 unit dan T-Roc di tempat ketiga dengan jumlah 19,076 unit.

Jadi apa yang bagus sangat tentang SUV sehingga segmen lain menurun dan ianya pula meningkat? Di antara jawapannya ialah versatiliti dan praktikaliti yang dimiliki oleh sesebuah SUV.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Sumber: JATO, syarikat yang diasaskan pada tahun 1984 dan menyediakan pelbagai maklumat tentang kenderaan dengan wakil di lebih 40 buah negara.

Berita Berkenaan

Berita Global
Angka terendah sejak tahun 1985 Jualan tahun 2021 adalah yang terendah sejak tahun 1985 dengan …
Berita Global
  Ini adalah pencapaian hebat dan jika F-150 adalah sebuah jenama berasingan, kedudukannya adalah…
Berita Global
Data jualan bulan Februari di Eropah kini menunjukkan kebangkitan permintaan terhadap sedan…