SUV lebih popular, Volvo mungkin kurangkan penawaran sedan, wagon pada masa akan datang

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin dalam masa beberapa tahun akan datang, sedan sudah menjadi satu bentuk yang amat terasing tatkala pengeluar lebih tertumpu kepada model-model popular seperti crossover dan SUV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Volvo juga turut menyedari perkara itu apabila 75 peratus daripada pelanggannya lebih menggemari model-model XC berbanding sedan tradisional S60 dan S90.

Menurut satu temubual yang dijalankan oleh Autocar, Hakan Samuelsson menjelaskan terdapat perancangan untuk memperluaskan lagi penawaran portfolio kenderaan-kenderaan crossover dan SUV bagi menggantikan sedan dan wagon.

Jelas beliau lagi, Volvo pada masa kini mempunyai terlalu banyak penawaran sedan dan wagon, terutama model berbumbung panjang V60 dan V90 yang turut mempunyai versi Cross Country, dan sesetengah daripada model tersebut akan dihentikan penawarannya.

Beliau turut berjanji Volvo akan terus mengekalkan penjualan sedan dan wagon, namun dalam penawaran yang lebih ringkas.

 


Fokus Volvo terus tertumpu kepada penawaran SUV berkuasa elektrik, di mana baru-baru ini syarikat Sweden itu baharu sahaja melancarkan C40 Recharge, sementara model generasi baharu XC90 pula dijangka akan menampilkan versi trenkuasa elektrik, dan model yang lebih kecil XC20/C20 pula telah disahkan akan hadir tidak lama lagi.

Tidak kira apa juga bentuk badan yang ditawarkan, Volvo sebelum ini mengesahkan mereka hanya akan menjual kenderaan elektrik pada tahun 2030, dan beransur-ansur mengurangkan penawaran trenkuasa konvensional dan hibrid.

Selepas penawaran C40 Recharge, Volvo akan memperkenalkan lima lagi model kenderaan elektrik menjelang tahun 2025, dan semua kenderaan elektrik hanya boleh didapati menerusi kedai dalam talian sahaja.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…