SUV Premium DS7 Crossback rasmi dilancarkan - bermula dari RM199,888

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

DS Automobiles Malaysia telah rasmi melancarkan model SUV premium baharu, DS7 Crossback bertempat di Naza Automall sebentar tadi. 

Sebelum ini DS7 Crossback telah diperlihatkan buat kali pertama pada acara KLIMS 2018 sebelum pihak DS Automobiles membuka tempahannya pada bulan yang lalu. 

 


DS7 Crossback hadir dalam penawaran varian tunggal Performance Line yang dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 1.6 liter THP yang menjana 165 kuasa kuda dan daya kilas 240 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 1,650 rpm. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi automatik enam nisbah kelajuan manakala pecutan dari 0-100 km/j hanya mengambil masa 10.2 saat sahaja. 

Bacaan penggunaan bahan api pula direkodkan pada 7.5 liter untuk setiap 100 km. 
 


Di bahagian luar, rekaan unik yang dibawakan oleh DS7 Crossback seakan meletakkan SUV ini di dalam kelas yang tersendiri jika dibandingkan dengan pesaing terdekat. 

Ini boleh dilihat menerusi penampilan lampu hadapan jenis LED empat elemen dan lampu nyalaan siang yang duduk tegak di kiri dan kanan bumper. 

Di bahagian sisi pula, terdapat garis badan yang menghubungkan antara arca roda hadapan dan belakang - memberikan rupa yang lebih atletik, dan dihiasi dengan rim aloi jenis diamond-cut Black Onyx bersaiz 19 inci. 
 


Penampilan lampu belakang juga amat unik yang menampilkan grafik ala-ala potongan berlian sebelum diakhiri dengan sepasang lampu kabus belakang dan tip ekzos berkembar. 

Tema yang digunakan pada bahagian luaran diteruskan lagi pada beberapa komponen di ruang kabin, seperti yang anda lihat pada butang fungsi yang terletak di konsol tengah.
 
Penggunaan skrin paparan digital bersaiz 12.3 inci memberikan bacaan pemanduan manakala di ruang tengah terdapat skrin infotainmen bersaiz lapan inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. 
 


Tidak dilupakan, SUV ini turut dilengkapkan dengan kawalan iklim dua zon, corong pendingin hawa di belakang, jam analog R180 yang boleh disembunyikan dan sistem bunyi keliling Focal Electra dengan 14 buah pembesar suara. 

Sebagai sebuah SUV premium, ia juga turut hadir dengan ciri keselamatan yang lengkap seperti enam beg udara SRS, Program Kestabilan Elektronik, Anti-Skid Regulation (ASR), Kawalan Kestabilan Dinamik, Amaran Tumpuan Pemanduan, serta cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak. 

Didatangkan dalam empat warna premium iaitu Platinum Grey, Nero Black, Pearl White dan Absolute Red, DS7 Crossback dijual pada harga RM199,888 atas jalan tanpa insurans. 
 


DS Automobiles turut memberikan jaminan pengeluar selama lima tahun atau jarak perbatuan 120,000 km yang mana terdahulu, bantuan tepi jalan 24 jam selama lima tahun dan akses eksklusif ke SkyLounge by NAZA di Subang Skypark. 

Selain itu, DS Automobiles juga menawarkan DS Only You yang menawarkan perkhidmatan seperti 

  • DS At Your Service
  • DS Assistance
  • DS Valet
  • Club DS Privilege
  • MyDS App

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tahun lalu, kami pernah melaporkan pembukaan pusat pameran DS Automobiles bertaraf 3S pertama di…