SUV segmen B Mitsubishi XFC Concept diperlihatkan di Vietnam

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Corporation hari ini memperlihatkan buat kali pertama sebuah model konsep berupa SUV segmen B yang digelar sebagai Mitsubishi XFC Concept.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

XFC Concept ini bakal diperlihatkan kepada umum pada acara Vietnam Motor Show 2022 yang akan berlangsung pada 26 hingga 30 Oktober ini.

Menurut Mitsubishi, model ini bakal menjadi pelengkap kepada produk Mitsubishi di rantau Asean yang kini terdiri daripada trak pikap Triton, Pajero Sport, Outlander, Xpander (dan Xpander Cross), Mirage serta Attrage.

Elemen Dynamic Shield yang sinonim pada kereta-kereta Mitsubishi telah menjalani evolusi rekaan yang lebih moden, disusuli dengan rekaan jeriji yang agak besar.
 

XFC


Bahagian depan menampilkan unit lampu utama berbentuk T dengan lampu nyalaan siang direka seakan liang udara pada bahagian seksyen bawah, manakala bahagian bampar depan pula didatangkan dengan penambahan lampu berbentuk heksagon.

Pendekatan yang sama pada lampu utama diteruskan pada bahagian lampu belakang juga berbentuk T, sementara lampu brek ketiga pula direka menegak pada bahagian spoiler bumbung.

Pada bahagian bampar belakang, perumah ekzos didatangkan dengan bentuk heksagon yang dikelilingi dengan jalur LED.
 

XFC


Susun atur ruang kabin XFC Concept ini nyata membawakan elemen yang mudah untuk dioperasikan, dengan skrin paparan berkembar, roda stereng bawah rata, konsol tengah yang agak tinggi, serta kehadiran skrin tambahan yang bertindak sebagai 'cermin sisi' pada penghujung papan pemuka.

Elemen sarang lebah juga boleh dilihat pada butang fungsi roda stereng, unit kawalan HVAC di bahagian tengah serta corak pada panel pintu sisi.

Menurut Mitsubishi, model XFC Concept ini direka untuk menawarkan pemanduan yang menyeronokkan, selamat dan mampu untuk menawan pelbagai jenis muka bumi dan keadaan cuaca di negara-negara Asean dengan adanya empat mod pemanduan iaitu Normal, Wet, Gravel dan Mud.
 

XFC


Berdasarkan kenyataan tersebut, kemungkinan besar SUV XFC Concept ini akan diproduksikan bagi memberikan saingan kepada pesaing di dalam kelas SUV segmen B seperti Mazda CX-3, Honda HR-V, serta Subaru XV dan khusus untuk pasaran Asean sahaja.

Ini kerana Mitsubishi sebenarnya baharu sahaja melancarkan sebuah lagi model SUV segmen B Mitsubishi ASX 2023 untuk pasaran Eropah yang merupakan versi tukar lencana daripada model SUV Renault Captur.

Baca: Mitsubishi ASX 2023

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mitsubishi Xforce merupakan versi produksi dari model konsep yang diperkenalkan di Vietnam pada…
Berita Global
Difahamkan, Mitsubishi Motors juga turut mengumumkan pembukaan pra-tempahan untuk SUV yang belum…
Berita Global
Antaranya termasuklah keicar Delica Mini, diikuti oleh Triton, ASX, Colt, Xpander HEV dan sebuah…