SUV terbenam dalam lubang dipenuhi air mendidih!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Daily Mirror
Orang ramai menyaksikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan dua kanak-kanak yang turut berada di dalamnya terbenam dalam sebuah lubang yang dipenuhi air panas mendidih, menurut laporan portal berita Daily Mirror pada Khamis.


Empat orang dilaporkan cedera, termasuk seorang daripada dua kanak-kanak yang menaiki SUV itu. Lubang tersebut terbentuk di Jalan Drovyanaya, bandar raya St Petersburg, Russia kelmarin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurut laporan tempatan, lubang tersebut muncul selepas paip air panas pecah dan menyebabkan tanah serta asfalt di bawah kenderaan tersebut runtuh.

Dalam kejadian itu, pemandu dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun melecur dan dihantar ke hospital, manakala seorang lagi kanak-kanak dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Media tempatan menyatakan,  salah seorang daripada mereka dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana melecur lebih 30 peratus pada badannya.

Banyak bandar di Russia mempunyai loji pemanasan gergasi yang menyalurkan air panas ke taman perumahan, manakala paip pecah adalah perkara biasa disebabkan infrastruktur yang semakin ‘tua’.

Kementerian Situasi Kecemasan dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua mangsa yang melecur pada bahagian kaki mereka telah dihantar ke hospital.

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Peguambela yang mewakili Muhamad, Wahab Che Kob dan Nor Asniza Husin berkata kebenaran pampasan…
Berita Domestik
Pemandu wanita yang berusia 32 tahun itu dilaporkan melanggar penghadang air di lorong kiri dan…
Informasi
  Menurut laporan dari Sinar Harian, @madshafiq mengambil tindakan tersebut adalah disebabkan…