Suzuki bakal kembali ke tanah air?

oleh Mohamad Hanif|
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh NST, Berjaya Group dikatakan bakal membawa kembali jenama yang sudah terkubur di Malaysia semenjak tiga tahun lalu, menurut satu sumber.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan dijangka akan terbang ke Jepun awal bulan hadapan bagi menandatangai perjanjian bersama Suzuki Motor Corp. 

Hak pengedaran Suzuki di Malaysia dipegang sebelum ini oleh Kumpulan DRB-HICOM, dan semenjak mereka melepaskan hak tersebut, tiada lagi kenderaan-kenderaan baharu Suzuki yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia. 

Kalau ada pun, Proton Ertiga dan MPV tersebut khabarnya sudah pun ditamatkan pengeluaran oleh Proton sendiri. 

Sebelum ini, Suzuki rancak dengan pengenalan model seperti Suzuki Swift, Suzuki Jimny, SX-4, Grand Vitara dan juga sedan Kizashi. 

Namun, berikutan permintaan yang semakin kurang, Suzuki Malaysia terpaksa akur dan menutup operasi di Malaysia, dan 29 pusat pengedar Suzuki ditukarkan kepada pusat pameran Proton pada 2016.

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Suzuki GSX-S1000GX (RM89,900)     Muncul buat kali pertama di acara pameran EICMA 2023, Suzuki…
Berita Domestik
Peraduan cabutan bertuah ini terbuka kepada pelanggan yang membeli model Suzuki GSX-8S, GSX-S150,…
Pelancaran Motosikal
Sama seperti Avenis, Burgman Street EX turut dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang…