Suzuki dedah teaser Hayabusa - pelancaran 5 Februari ini

oleh Mohamad Hanif|
Di pasaran Eropah, Suzuki Hayabusa telah pun ditamatkan penawarannya pada tahun 2018 setelah hampir 20 tahun berada di pasaran disebabkan tidak melepasi piawaian emisi yang semakin ketat di sana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun baru-baru ini, pengeluar motosikal Jepun itu telah mendedahkan sebuah video acah menandakan kehadiran semula superbike itu untuk tahun 2021 yang bakal dilancarkan pada 5 Februari ini.

Tipikal video teaser, agak sukar untuk meneka apakah bentuk perubahan yang dibawakan pada Hayabusa baharu ini, namun dalam satu babak Suzuki sengaja memperlihatkan rekaan empat panel meter analog yang digandingkan dengan skrin digital di bahagian tengah.

 


Selain daripada itu, tagline yang digunakan oleh Suzuki "Perfectly Poised" memberikan bayangan naiktaraf yang diberikan terhadap Hayabusa ini bakal mengujakan para peminatnya.

Apapun, tinggal beberapa hari sahaja menjelang 5 Februari, tunggu sahaja kemaskini dari kami tidak lama lagi.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka juga turut memaklumkan tempahan sudah pun dibuka namun jumlah sebenar Hayabusa 25th…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang sedar, motosikal ini sudah pun berada di dunia sejak 25 tahun yang lalu,…
Berita Global
Apa yang terkandung di dalam pek aksesori Performance Hayabusa?     Komponen paling utama ialah…