Suzuki GSX-8S 2023 muncul di EICMA - enjin 776 cc parallel-twin, 83 hp, 78 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara EICMA 2022, Suzuki telah menambah ahli baharu dalam keluarga GSX-S menerusi model GSX-8S 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari jauh, ia mungkin sekali kelihatan seperti Suzuki Katana, namun jentera naked ini datang dengan penampilan yang jauh lebih garang disumbangkan oleh unit lampu utama LED yang bertindih, serta lampu nyalaan siang LED berkembar.
 

GSX


Suzuki GSX-8S 2023 ini tampil dengan enjin serba baharu, di mana nadi parallel-twin 776 cc dengan sudut 270 darjah itu turut dilengkapi dengan ciri Cross Balancer, serta Suzuki Clutch Assist System (SCAS) untuk operasi yang lebih lancar.

Ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 83 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 78 Nm @ 6,800 rpm.
 

GSX


Secara standard, GSX-8S ini dilengkapi dengan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) yang merangkumi ciri seperti ride-by-wire, tiga mod Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), tiga tahap Kawalan Cengkaman (yang boleh dimatikan), sistem Quickshifter dua arah, Low RPM Assist dan ABS.

Jentera naked ini menggunakan kerangka keluli, subrangka tiub bolt-on serta lengan ayun aluminium serba baharu, sementara sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan KYB jenis terbalik diikuti penyerap hentak tunggal KYB dengan larasan pra-muatan.
 

GSX


Aspek pemberhentian pula terdiri daripada angkup brek Nissin empat omboh dengan rotor berkembar 310 mm pada roda hadapan, sementara roda belakang pula mendapat bantuan angkup omboh tunggal dan rotor 240 mm.

Skrin paparan TFT bersaiz lima inci berbilang fungsi itu mampu menawarkan bacaan yang jelas, serta lengkap dengan fungsi perubahan paparan secara automatik berdasarkan waktu siang atau malam.
 

GSX


Bergantung pasaran, Suzuki GSX-8S 2023 ini boleh didapati dalam warna Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White atau warna hitam Metallic Mat Black No.2 / Glass Sparkle Black.