Suzuki GSX-S1000GT sports touring paling laku di UK tahun 2022

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Suzuki baru-baru ini telah mengesahkan bahawa GSX-S1000GT merupakan motosikal paling laku terjual dalam kategori sports touring untuk pasaran UK pada tahun 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

GSX-S1000GT mula dijual di pasaran UK bermula April 2022 dengan 782 unit terjual menjelang akhir tahun, ianya dijangka mencecah angka 1000 unit jualan pada Mac 2023 dimana ia turut menandakan 12 bulan pertama di pasaran UK.

 

front

 

Ketua motosikal Suzuki GB, Jonathan Martin berkata, “Sudah tentu, kami gembira dengan populariti dan kejayaan GSX-S1000GT."

"Ia telah dilancarkan dengan pujian yang tinggi pada musim luruh 2021, dan kami telah melihat sejumlah besar tempahan sebelum motosikal itu tiba di pengedar."

 

rear

 

“Walaupun ia memberikan cabaran, kami berjaya memenuhi permintaan dan kami berada di landasan untuk mencapai 1,000 jualan teratas menjelang akhir tahun pertama jualannya, yang merupakan pencapaian hebat, dan sesuatu yang kami semua banggakan.”

Untuk pasaran Malaysia, GSX-S1000GT mula ditawarkan secara rasmi pada Ogos 2022 dengan harga bermula dari RM85,700 bagi merancakkan saingan dalam kategori sports touring tempatan.

 

meter

 

Suzuki GSX-S1000GT dikuasakan enjin empat silinder sebaris 999 cc yang ditala semula dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan bersama ciri quickshifter menghasilkan 152 HP dan 106 Nm.

Ia turut dilengkapi teknologi Suzuki Intelligent Ride System (lima mod tunggangan), kawalan jelajah, Low RPM Assist Easy Start System, serta sokongan aplikasi Suzuki mySPIN.
 

front 2

 

GSX-S1000GT untuk pasaran Malaysia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Metallic Triton Blue dan Metallic Reflective Blue.

 

Sumber: Visor Down

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…