Suzuki Hayabusa edisi 25 tahun sah masuk Malaysia, tempahan kini dibuka, unit terhad

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Malaysia dalam satu hantaran di laman Facebook mengesahkan model Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat, dan dengan unit terhad.

Mereka juga turut memaklumkan tempahan sudah pun dibuka namun jumlah sebenar Hayabusa 25th Anniversary Edition yang bakal dibawa masuk itu tidak dapat dipastikan.

Kira-kira seminggu yang lepas, Suzuki telah mengumumkan kemunculan Hayabusa edisi ulang tahun, di mana ia membawakan perubahan seperti skema warna dua tona, komponen yang disalut emas anodiza, tempat duduk tunggal, lencana ulang tahun, serta ukiran perkataan Jepun pada rantai dan peredam ekzos.

Hayabusa 25th Anniversary masih lagi mengekalkan nadi empat silinder sebaris 1,340 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 190 PS @ 9,700 rpm dan daya kilas 150 Nm @ 7,000 rpm.

Suzuki walau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah angka produksi sebenar yang diperuntukkan untuk model Hayabusa 25th Anniversary Edition ini.

Baca: Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang sedar, motosikal ini sudah pun berada di dunia sejak 25 tahun yang lalu,…
Berita Global
Apa yang terkandung di dalam pek aksesori Performance Hayabusa?     Komponen paling utama ialah…
Informasi
Sedar tak sedar, sudah 22 tahun Suzuki Hayabusa berada di pasaran sejak pengenalannya pada tahun…