Suzuki Jimny 5-pintu ini masih Jimny generasi keempat dimana model utama tiga pintunya mula diperkenalkan pada tahun 2018 dan dibawa ke pasaran tempatan pada 2019.
Dari segi reka bentuk, keseluruhannya masih kekal sama dengan versi tiga pintu, dimana gril hadapan dengan slot lima lubang masih dikekalkan.
Tetapi perbezaannya adalah pada muka hadapan Jimny ini lebih nampak eksklusif dengan gril hadapan berwarna chrome bersinar berbanding versi tiga pintu dengan warna hitam mat.
Walauapapun, perkara utama yang perlu diceritakan di Jimny 5-pintu ini sudah tentu kehadiran dua pintu tambahan dibahagian belakang yang kini lebih beri lebih keselesaan pada penumpang di belakang.
Dengan penambahan dua pintu itu, ia menjadikan panjang Jimny 5-pintu ini sehingga 3,850mm, 300mm lebih panjang berbanding versi 3-pintu serta beri ruang kargo lebih luas.
Jimny 5-pintu ini masih mengekalkan guna enjin yang sama terdapat pada Jimny 3-pintu, iaitu enjin K15B 1.5 liter empat silinder petrol yang menghasilkan kuasa output sehingga 100hp dan tork puncak 130Nm.
Ia dipadankan dengan sistem 4WD ALLGRIP PRO baharu, Speed low range transfer gear dan LSD Traction Control Brake yang memberikan kawalan dan keyakinan pemandu dalam sebarang pengembaraan.
Sistem ALLGRIP PRO 4WD dengan pertukaran gear jarak rendah menawarkan keupayaan off-road yang baik, ia membolehkan peralihan lancar daripada pacuan dua roda 2H kepada pacuan empat roda 4H dengan cepat.
Pada bahagian dalaman, tidak banyak berbeza dengan versi 3-pintu, kecuali paparan infotainmen yang lebih besar dengan saiz sembilan inci yang disokong oleh Apple CarPlay dan Android Auto.
Untuk ciri-ciri lain, Jimny 5-pintu menampilkan ciri seperti berikut;
- 6 airbag,
- Anti-lock Braking System (ABS),
- Electronic Brakeforce Distribution (EBD),
- Brake Assist function,
- Electronic Stability Programme (ESP),
- Brake Limited Slip Differential,
- Hill Hold Control,
- Hill Descent Control,
- Side-Impact Door Beams,
- 3-point Emergency Locking retractor Seatbelts,
- ISOFIX Child
- Seat anchorages,
- Seatbelt Pretensioner
- Rear View Camera
Jimny 5-pintu ditawarkan dengan lima pilihan warna, iaitu Sizzling Red/Black, Bluish Black Pearl, Jungle Green, Chiffon Ivory/ Black dan Granite Gray Metallic.
Harga jualan untuk Suzuki Jimny 5-pintu di pasaran Malaysia adalah bermula daripada RM199,950 yang tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.