Suzuki Jimny dapat kemaskini lampu automatik, ciri start/stop untuk pasaran Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala kita masih lagi sabar menunggu kehadiran rasmi Suzuki Jimny, pasaran Jepun kini mendapat kemaskini kecil bagi kedua-dua varian Jimny dan Jimny Sierra.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara perubahan yang dibawakan pada model bertransmisi automatik empat kelajuan adalah ciri start/stop automatik yang bertujuan untuk mengurangkan kadar pelepasan emisi selain membantu menjimatkan penggunaan bahan api.

Namun, ciri ini hanya berfungsi apabila Jimny berada di dalam mod pemanduan dua roda sahaja.
 

jimny


Selain itu, Jimny juga kini mendapat ciri lampu depan automatik secara standard, termasuk untuk varian yang tidak mendapat kelengkapan Suzuki Safety Support dan ciri pelindung tayar simpanan.

Harga jualan Suzuki Jimny (dengan enjin 660 cc) bermula dari 1.485 juta yen (RM56,290) sementara model Jimny Sierra (dengan enjin 1.5 liter) pula bermula dari 1.793 juta yen (RM67,964).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…