Suzuki Jimny EV muncul di India

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki sebelum ini mengesahkan mereka akan melancarkan model SUV Jimny berkuasa elektrik untuk pasaran Eropah.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Namun, sebuah syarikat pemula dari India, Tadpole Projects tampil mendahului Suzuki dengan projek Jimny berkuasa elektrik di mana mereka telah mengubah kenderaan tentera Maruti Suzuki Gypsy menjadi sebuah Jimny EV.

Maruti Suzuki Gypsy sebenarnya merupakan varian Jimny dengan jarak antara roda yang lebih panjang berdasarkan generasi kedua SUV tersebut.
 

maruti


Ia diproduksikan antara tahun 1985 hingga 2018 dan antara kenderaan yang digunakan secara meluas oleh Indian Army.

Menariknya, motor elektrik berkuasa 40 hp itu disambungkan secara terus kepada transmisi asal dan sistem pacuan 4WD bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang hampir sama.

Sayang sekali, jarak gerak Gypsy EV itu hanyalah sekitar 120 km sahaja.

Dengan kemunculan model Gypsy EV, terdapat kemungkinan armada Gypsy yang dimilliki oleh Indian Army akan diubahsuai dengan trenkuasa elektrik, sekaligus memanjangkan hayat kenderaan tersebut dengan unit pacuan yang lebih mesra alam.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ditawarkan dalam 30 unit terhad, Jimny Rhino boleh didapati dalam warna putih mutiara tulen,…
Berita Global
Yep, atau lebih dikenali dengan nama YueYe di China muncul buat kali pertama di Shanghai Auto Show…
Berita Global
Biarpun belum dijual, Maruti Suzuki telah berjaya memperoleh lebih daripada 30,000 tempahan bagi…