Suzuki Jimny Heritage Edition 2023 - 300 unit, pasaran Australia, dari RM101k

oleh Mohamad Hanif|
Sukar untuk kita tidak jatuh cinta pada generasi baharu Jimny yang kecil tapi mampu menawan laluan off-road itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Cuma disebabkan harga jualan masih berada di luar kemampuan, apa yang boleh dibuat pada ketika ini hanyalah dengan mengumpul model diecast sahaja.
 

Jimny


Di pasaran Australia, Suzuki membawakan hanya 300 unit Suzuki edisi terhad yang digelar sebagai Suzuki Jimny Heritage Edition 2023.

Ia membawakan pelekat grafik badan bertemakan retro, diikuti dengan mud flap berwarna merah untuk arka roda depan dan belakang, serta pilihan warna Black Pearl, Jungle Green, White atau Medium Grey.
 

Jimny


Selain itu, kesemua 300 unit itu dibekalkan dengan rim aloi bersaiz 15 inci, dulang kargo, lencana edisi terhad serta padanan transmisi manual lima kelajuan sahaja.

Menggunakan asas daripada Jimny GLX, model Heritage ini turut dilengkapi dengan unit lampu LED automatik, lampu kabus LED, kamera undur, skrin infotainmen tujuh inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, serta ciri keselamatan seperti amaran keluar lorong dan brek kecemasan autonomi.

Harga jualan Suzuki Jimny Heritage Edition 2023 ini bermula dari AU$33,490 (RM101,453), dan untuk tiga warna selain warna putih, pembeli akan dikenakan cas tambahan $695.

Berita Berkenaan

Berita Global
Nun jauh di negara kanggaru, Suzuki Australia sedang bersiap sedia untuk membawakan sebuah lagi…
Gaya Hidup
Suzuki Jimny, nama yang kami rasa anda pun sudah bosan mendengar tiap kali kami menaikkan jenama…