Suzuki Jimny masuk Malaysia - bermula dari RM168 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Umum telah mengetahui, semenjak Suzuki lenyap dari pasaran Malaysia beberapa tahun yang lalu, peluang untuk mendapatkan kenderaan terbaharu dari jenama tersebut semakin tipis. 

Jadi, jika pasaran lain sedap-sedap mendapat model-model yang best seperti Suzuki Swift, kita hanya sekadar menerima model Ertiga, itu pun dibawa masuk oleh Proton. 

Apatah lagi apabila negara luar kini sudah mula menerima kemasukan model SUV cilik yang menjadi rebutan ramai, Suzuki Jimny seperti negara jiran kita, Singapura dan juga Thailand. 
 


Pun begitu, usah risau kerana ada satu berita yang kami peroleh menyatakan bahawa beberapa unit Suzuki Jimny sebenarnya sedang dibawa masuk oleh pengedar kereta recond. 

Hamza Motors nampaknya sedang melakukan promosi Mega Sale pertengahan tahun dan dua unit Jimny yang dibawakan masing-masing ialah unit Jimny kei-car dan Jimny Sierra. 

Untuk pengetahuan, SUV 4WD cilik ini dipasarkan sebagai kei-car di negara asal, dengan enjin 660 cc manakala untuk pasaran luar pula, Jimny dibekalkan dengan enjin 1.5 liter. 

Kedua-dua varian Jimny ini hadir dengan penawaran transmisi manual lima nisbah kelajuan atau automatik empat nisbah kelajuan.
 

 

Mengikut maklumat yang diperoleh daripada rakan media Mekanika, unit-unit Jimny ini masih lagi dalam perjalanan dari Jepun dan merupakan unit keluaran 2018 yang dibenarkan diimport masuk sebagai kenderaan terpakai. 

Harga jualan untuk jip kecil molek ini pula bermula dari RM168,000 untuk model 660 cc manakala varian 1.5 liter pula sedikit mahal, mencecah RM198,000.

Mahal? 

Sebagai perbandingan, biarlah kami beritahu anda bahawa harga jualan Suzuki Jimny di Singapura bermula dari SGD 114,000 (RM347,000) manakala di Thailand pula sedikit munasabah, THB 1.65 juta (RM199,000). 
 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ditawarkan dalam 30 unit terhad, Jimny Rhino boleh didapati dalam warna putih mutiara tulen,…
Berita Global
Yep, atau lebih dikenali dengan nama YueYe di China muncul buat kali pertama di Shanghai Auto Show…
Berita Global
Biarpun belum dijual, Maruti Suzuki telah berjaya memperoleh lebih daripada 30,000 tempahan bagi…