Suzuki Jimny rasmi dilancarkan di Indonesia - harga dari RM93k

oleh Mohamad Hanif|
Setelah setahun membuat kemunculan di acara Gaikindo Indonesia Auto Show (GIIAS), akhirnya SUV off-road kecil itu rasmi dijual di pasaran Indonesia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Walaupun ia merupakan unit CBU yang diimport sepenuhnya dari Jepun,  harga jualan rasmi Suzuki Jimny bermula dari Rp 315.5 juta (atau RM93,340) sehinggalah kepada Rp 330 juta (RM97,605) untuk varian tertinggi. 

Harga yang diumumkan sebenarnya mengejutkan kerana rata-rata media Indonesia meramalkan harganya bermula dari Rp 350-400 juta (RM103,521 - RM118,313). 

 


Jika dibandingkan dengan harga jualan di Thailand (RM199k), ia jauh lebih rendah. 

Jimny yang dibawakan merupakan Jimny Sierra - varian khusus untuk pasaran luar negara dengan enjin 1.5 liter, transmisi manual atau auto dengan badan yang lebih lebar berbanding versi kei-car 660 cc. 

Enjin ini mampu menjana 102 PS dan 130 Nm memacu sistem pacuan empat roda AllGrip Pro. 
 


Untuk pasaran Malaysia pula, anda boleh mendapatkan unit Suzuki Jimny generasi baharu ini daripada pengimport kereta recond dengan harga jualan bermula dari RM168 ribu untuk varian kei-car dan RM198,000 untuk Jimny 1.5 liter.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…