Suzuki Jimny Tamatkan Legasi Di Eropah Dengan Edisi Retro Terhad

oleh Qalif Latif|
Eropah bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Suzuki Jimny, tetapi bukan tanpa kejutan terakhir yang cukup istimewa. Untuk menutup tirai jualan model ini di benua itu, Suzuki telah melancarkan Jimny 55th Anniversary Edition edisi terhad yang cukup ikonik untuk para pengumpul dan peminat sebenar Jimny.

Jimmy

Retro, Rare dan Rapi

Edisi 55 Tahun ini memang dibuat untuk jadi item koleksi. Ia hanya ditawarkan sebanyak 55 unit untuk pasaran Perancis dan tampil dengan sentuhan-sentuhan unik yang tiada pada model biasa:

  • Decal retro di bahagian sisi

  • Gril khas dengan tulisan Suzuki klasik

  • Flap lumpur merah depan dan belakang

  • Penutup tayar ganti berlogo badak (Rhino emblem)

  • Rim besi hitam klasik

  • Warna badan eksklusif: Putih, Jungle Green, Bluish Black & Medium Gray

Bahagian dalam pula tak kurang hebat ada tikar getah kalis lumpur, plak peringatan khas pada konsol tengah, serta keychain & travel journal kulit untuk catat kenangan bersama Jimny.

Jimny

Jantung Lama Masih Dipakai

Walaupun rupa dah klasik, enjin masih kekal sama 1.5L NA 4-silinder berkuasa 101hp dan 130Nm, dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan dan sistem AllGrip Pro 4WD. Dengan berat sekitar 1,090kg, Jimny ini kekal lincah walaupun tak ada turbo atau motor elektrik.

Pengendalian mantap, badan kecil, dan pendekatan tulen off-road menjadikan Jimny antara SUV paling ikonik dalam segmennya.

Jimmy

Berapa Harga?

Suzuki Jimny 55th Anniversary ini dijual pada harga €28,955, bersamaan lebih kurang RM146,000, menjadikannya antara Jimny paling mahal di pasaran tapi juga antara yang paling eksklusif. Penghantaran pertama dijangka bermula akhir Jun 2025.

Jimny

Apa Jadi Lepas Ini?

Jimny sudah ada sejak 2018, dan walaupun ramai menjangkakan versi hybrid atau elektrik, Suzuki secara rasmi mengesahkan bahawa tiada elektrifikasi akan berlaku buat masa ini. Malah, Presiden Suzuki sendiri menyatakan model ini akan terus kekal sebagai ICE (Internal Combustion Engine), mungkin dengan bahan api alternatif di masa hadapan.

Jimny

Namun begitu, Suzuki masih merahsiakan sama ada Jimny akan dapat pengganti atau facelift. Buat masa ini, model 5-pintu buatan India laku keras di Jepun, dan versi pickup pula sedang dipertimbangkan.

Jimny

Kenapa Suzuki Jimny Dihentikan Di Eropah?

Suzuki Jimny dihentikan jualan di Eropah sebab tak lepas standard emisi CO₂ yang makin ketat. Enjin 1.5L NA tanpa hibrid menjadikan model ini tak mesra alam ikut piawaian EU.

Suzuki pernah ubah Jimny jadi kenderaan komersial ringan dua tempat duduk, tapi itu hanya solusi sementara.

Rancangan untuk versi elektrik pun dibatalkan dan Suzuki kini lebih fokus pada bahan api alternatif.

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Malaysia, Suzuki Jimny 5 pintu dijual hampir RM 200 ribu. Dengan enjin 1.5-liter berkuasa 103hp…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…