Suzuki Katana 2022, komponen enjin baharu dan lagi berkuasa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Suzuki Katana 2022
Suzuki Katana 2022
Pengenalan Suzuki Katana baharu pada tahun 2019 membangkitkan kenangan model ikonik era 80an itu.

Membawa elemen asal, Katana 2019 menawarkan peluang buat peminat untuk membeli semula kenangan dan idaman mereka.

Dua tahun di pasaran, Suzuki memperkenalkan Katana 2022 dengan enjin yang lebih berkuasa dan naik taraf sistem elektronik,

Katana 2022 dibangunkan dari GSX-S1000 2021 dengan enjin 999cc Euro 5 berkuasa 152PS pada 11,000 rpm.

Angka itu sedikit sahaja berbanding 150PS pada Katana 2019 namun sebaran tork lebih luas merentasi julat putaran enjin (rev).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Suzuki Katana 2022

 

Enjin dan perkakasan Katana 2022 dinaik taraf dengan sejumlah komponen baharu seperti berikut:

  • Aci sesondol kemasukan (intake) dan ekzos
  • Pegas injap (valve spring)
  • Ekzos
  • Kotak udara
  • Pendikit ride-by-wire
  • Paparan pemuka dengan mod malam

Untuk operasi gear, Sistem Bantuan Klac Suzuki dengan slipper clutch membantu mengelakkan kesan pembrekan enjin semasa menurunkan gear dari rpm tinggi.

Turut membantu dalam operasi gear ialah quickshifter dua arah untuk penukaran gear yang lancar.

Suzuki Katana 2022

Untuk lebih kawalan tunggangan, Katana dilengkapi lima mod kawalan cengkaman dan boleh dinyahaktif jika tidak diperlukan.

Sistem Suzuki Drive Mode Selector mempunyai tiga pilihan pemetaan enjin iaitu mod A, B dan C tetapi dengan puncak kuasa sama.

Bila kuasa dah sama, apa yang membezakannya? Berikut disenaraikan fungsi mod tersebut:

  • Mod A: Respon paling tajam dan sporti
  • Mod B: Kuasa mula lebih lembut atau sopan
  • Mod C: Respon paling lembut yang sesuai untuk keadaan basah dan licin

Pelengkap kepada pakej elektronik Katana ialah sistem mula hidup mudah (easy start system) dan bantuan rpm rendah yang menaikkan kelajuan enjin apabila klac dilepaskan.

Sistem itu membantu mengawal motosikal pada kelajuan rendah dan mengelakkan senggukan atau stalling. 

Suzuki Katana 2022

Casis dan pengendalian Katana dilengkapi rangka aluminium ringan jenis twin-spar dan lengan ayun GSX-R.

Bahagian fork depan dipasang set boleh laras penuh KYB dan penyerap hentak boleh laras (preload dan rebound) di belakang.

Pembrekan Katana dilaksanakan oleh angkup Brembo jenis tunggal (monobloc) dengan cakera 310mm dan roda aluminium dibalut tayar Dunlop SPORTMAX Roadsport2.

 

Suzuki Katana 2022

 

Lagi ciri baharu untuk Katana 2022 ialah warna biru kusam gelap dan dikontra dengan fork dan roda emas. Katana warna kelabu gelap pula didatangkan dengan roda merah.

Suzuki Katana akan diedarkan di Eropah pada musim bunga 2022 (bermula Mac).

Di pasaran tempatan, Suzuki Katana dilancarkan pada Ogos lalu dengan harga RM77,989.00.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…