Suzuki lancar trak kei Super Carry X Limited di Jepun, gaya ala crossover

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para pemilik perniagaan kecil sederhana di Jepun, ini kerana Suzuki baru sahaja melancarkan trak kei edisi khas yang membawakan penggayaan ala crossover - Suzuki Super Carry X Limited.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak kei varian extended-cab ini membawakan kemasan decal hitam pada bahagian sisi seakan panel keluli yang dipasang secara bolt-on.

Ciri lain termasuklah rim keluli 12 inci, perumah lampu LED berwarna hitam, serta kemasan hitam pada jeriji, bezel lampu kabus, pemegang pintu dan perumah cermin sisi.
 

Carry


Menurut Suzuki, kemasan luaran ini memberikan imej yang gagah dan berani pada Suzuki Carry, selari dengan trend semasa penggayaan ala crossover pada model-model van kei yang lain.

Secara standard, Suzuki Super Carry X Limited ini dikuasakan nadi tiga silinder sebaris 658 cc yang mampu menjana 50 hp dan 59 Nm, dipadankan dengan sistem pacuan 4WD dan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau auto empat kelajuan.
 

Carry


Rekaan kabin yang lebih luas menyediakan ruang barangan yang lebih besar di belakang tempat duduk, selain membolehkan kerusi dibaringkan sehingga 40 darjah, dan diluncurkan sehingga 180 mm.

Sementara bed belakang pula membawakan ukuran sepanjang 1,480 mm yang cukup besar untuk membawa muatan barangan.
 

carry


Di Jepun, Suzuki Super Carry X Limited dijual pada harga bermula dari ¥1,513,600 (RM49,761) untuk varian manual, atau ¥1,612,600 (RM53,016) untuk versi automatik.