Suzuki Malaysia kembali beroperasi!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah lebih sebulan lalu mereka mengumumkan penutupan operasi, Suzuki Malaysia dalam satu hantaran di laman sosial Facebook mengumumkan mereka kembali beroperasi untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, berdasarkan semakan di laman Facebook, mereka telah menukarkan alamat di mana ia merupakan lokasi yang sama seperti ibu pejabat Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) yang terletak di Glenmarie.

Ini menguatkan lagi khabar angin di mana Suzuki Malaysia diambil alih oleh Kawasaki Motors Malaysia, namun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh KMSB lagi buat masa ini.

 


Diharapkan dengan kembalinya operasi Suzuki Malaysia, pasaran motosikal tempatan kembali meriah dengan model-model yang lebih menarik perhatian.

Persoalannya, model yang manakah bakal diperkenalkan pada masa akan datang?

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia berikutan tiga model Suzuki di pasaran India, iaitu GIXXER 250, GIXXER SF250 dan V-Strom SX 250…
Berita Domestik
  Program tersebut juga merupakan inisiatif yang ketujuh dalam siri acara yang dianjurkan setiap…
Pelancaran Motosikal
Kedua-dua model tersebut berkongsi spesifikasi enjin silinder tunggal bersesaran 249 cc SOHC yang…