Suzuki Malaysia kembali dengan enam model baharu untuk tahun 2021

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama menyepi, Suzuki Malaysia akhirnya kembali memeriahkan arena motosikal di Malaysia dengan membawakan enam model baharu, serta mengumumkan perubahan yang bakal dilaksanakan bagi memperkukuhkan jenama itu di pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengambil alih peranan Suzuki Assemblers Malaysia, Suzuki Malaysia Sdn Bhd kini merupakan pengimport, pengedar dan pemasang motosikal, ATV, serta alat ganti berjenama Suzuki di Malaysia yang diketuai oleh Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaya selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan, serta Dato' Jeffrey Lim selaku Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd dengan pengalaman selama 33 tahun di dalam industri motosikal.

Enam model yang dimaksudkan adalah seperti berikut:


Suzuki GSX-R1000R - RM110,298.00 | Suzuki GSX-R1000 - RM99,289.00


Enjin: 998.8 cc, empat silinder sebaris, sejukan cecair
Kuasa: 197 PS @ 13,200 rpm, 117 Nm @ 10,800 rpm
Transmisi: enam kelajuan dengan nisbah rapat, Suzuki Bi-Directional Quick Shift System, Suzuki Clutch Assist System
Suspensi: Advanced Showa Balance Free Front Fork (BFF) depan, penyerap hentak tunggal belakang dengan tetapan pra-muatan
Brek: Brembo dengan angkup empat omboh, sistem ABS
Bantuan elektronik: launch control, motion track brake system (eksklusif untuk GSX-R1000R)

 

Suzuki Katana GSX-S 1000S - RM77,989.00


Enjin: 999 cc, empat silinder sebaris, sejukan cecair
Kuasa: 147 hp @ 10,000 rpm, 108 Nm @ 9,500 rpm
Transmisi: enam kelajuan, Clutch Assist System
Suspensi: fork hadapan jenis terbalik KYB, penyerap hentak tunggal di belakang, tetapan pra-muatan
Brek: Brembo Monobloc, angkup empat omboh, rotor 310 mm depan, ABS
Bantuan elektronik: kawalan cengkaman dengan tiga mod yang boleh dipilih

 

Suzuki GSX-S 750 - RM40,989.00



Enjin: 749 cc, empat silinder sebaris, sejukan cecair
Kuasa: 99.1 hp @ 10,170 rpm, 73.6 Nm @ 9,060 rpm
Transmisi: enam kelajuan nisbah rapat
Suspensi: fork hadapan jenis terbalik KYB, penyerap hentak tunggal belakang
Brek: Nissin Monobloc empat omboh dengan rotor berkembar, ABS
Bantuan elektronik: Suzuki Advanced Traction Control dengan empat mod

 

Suzuki V-Strom 650XT - RM37,989.00


Enjin: 645 cc, V-Twin 90˚, sejukan cecair
Kuasa: 66 hp @ 8,800 rpm, 60.3 Nm @ 6,400 rpm
Transmisi: enam kelajuan
Suspensi: fork teleskopik hadapan, penyerap hentak tunggal belakang
Brek: Angkup Tokico omboh berkembar depan, angkup Nissan omboh tunggal belakang, ABS
Bantuan elektronik: Suzuki Advanced Traction Control, Easy Start System, Low RPM Assist

 

Suzuki SV 650 - RM37,289.00


Enjin: 645 cc, V-Twin 90˚, sejukan cecair
Kuasa:
Transmisi: enam kelajuan, nisbah rapat,
Suspensi: fork teleskopik, penyerap hentak tunggal belakang dengan tetapan pra-muatan
Brek: dua angkup empat omboh Tokico depan, rotor 290 mm depan dan 240 mm belakang, ABS
Bantuan elektronik: Low RPM Assist, Easy Start


Harga yang disebutkan di atas tidak termasuk insurans, cukai jalan, serta yuran pendaftaran, di mana setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.

Selain daripada itu, Suzuki Malaysia turut membawakan perubahan besar terhadap jaringan pengedar dan pusat servis di seluruh negara, terdiri daripada:

  • Suzuki Big Bike World - Kedai Konsep Eksklusif Suzuki, pengedar elit yang bertindak sebagai pusat pameran yang mempamer dan menjual kesemua barisan motosikal Suzuki.
  • Suzuki Station Plus - Pengedar strategik di seluruh negara yang mampu membantu pembeli mendapatkan motosikal di bawah sesaran sehingga 800 cc.
  • Suzuki Station - Jaringan pengedar yang lebih meluas untuk pasaran massa, dan menawarkan barisan motosikal yang lebih mampu milik di bawah sesaran 250 cc.
  • Suzuki Exclusive Service Centre - Pusat servis yang menawarkan perkhidmatan menyeluruh kepada kesemua model Suzuki dan dikendalikan oleh juruteknik yang mahir dan bertauliah.
  • Suzuki Service Corner - Pusat servis pada skala yang lebih kecil dikhususkan untuk menawarkan perkhidmatan yang mudah dicapai oleh kebanyakan pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dua warna baharu tersebut ialah Bright Ivory/Titan Black, serta Matte Bordeaux Red/Metallic Matte…
Berita Domestik
Dipetik daripada rakan media MotoMalaya.net, hal ini diperkuatkan dengan surat rasmi berkaitan…