Suzuki menghentikan produksi GSX-R1000 di Jepun dan Eropah

oleh Penyumbang Rencana|
Beberapa bulan lepas, dunia permotoran dan perlumbaan dikejutkan dengan pengumuman Suzuki terhadap keputusan untuk meninggalkan inisiatif perlumbaannya. Terutama sekali keputusan untuk menarik diri dari kejohanan MotoGP dan Endurance.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Suzuki sekali lagi memberikan berita sedih untuk peminat motosikal apabila mereka secara rasminya telah mengumumkan penamatan GSX-R1000 untuk pasaran Jepun dan Eropah.


Digemari oleh ramai peminat di seluruh dunia, GSX-R1000 yang ikonik boleh dianggap sebagai salah satu ciri budaya dalam industri motosikal, bersama dengan seteru yang hebat seperti Honda Fireblade, Kawasaki Ninja dan Yamaha R1.


Suzuki dikatakan mempunyai niat untuk meneruskan usaha lain yang tidak berorientasikan prestasi buat masa ini. Namun, supersport kelas seliter Suzuki ini akan terus berada di beberapa pasaran Negara seperti Amerika Utara dan Filipina.


Antara punca utama penamatan GSX-R1000 ini adalah kerana tidak menepati piawaian emisi yang semakin ketat di Jepun. Dengan piawaian emisi Reiwa disemak untuk tahun kedua, mungkin Suzuki tidak melihat ia sesuai untuk mengemas kini GSX-R1000.


Buat masa ini, barisan model GSX-S1000 yang terdiri dari model GSX-S1000, GSX-S1000GT, Katana, serta Hayabusa dan V-Strom 1050 masih mematuhi piawaian emisi terkini.


Adakah ini satu penutup buat generasi baharu GSX-R1000?

 

Sebelum ini, laman web Jepun Young Machine melaporkan maklumat baharu berkenaan enjin baharu Suzuki yang sedang dibangunkan.


Enjin baru ini dikatakan bakal menjadi nadi untuk generasi GSX-R seterusnya, ia juga direka berorientasikan prestasi, mempunyai aci sesondol dengan pusingan terbalik, sama seperti teknologi yang terdapat pada motosikal GP mereka, iaitu GSX-RR.


Daripada semua motosikal sport pada era moden, agak jelas bahawa GSX-R1000  yang paling memerlukan kemas kini bagi mematuhi piawaian tertentu. Adakah Suzuki bakal memberi kejutan gembira atau GSX-R1000 ini mungkin bakal menemui penghujungnya?

 

Sumber: rideapart

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…