Suzuki rancang enam EV baharu untuk pasaran Jepun, Jimny EV untuk pasaran Eropah!

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki baru-baru ini membentangkan pelan elektrifikasi yang telah dirancang sehingga tahun 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, untuk tahun ini terdapat sehingga enam buah kenderaan elektrik (EV) yang bakal dilancarkan di pasaran Jepun, diikuti pasaran Eropah dan India pada tahun 2024.
 

Jepun


Antara model yang diumumkan (berdasarkan bayang-bayang model) termasuklah Suzuki Hustler EV, tiga kei car yang tidak diketahui namanya, serta dua buah SUV elektrik Fronx dan eVX yang telah diperlihatkan sebelum ini.

Suzuki menyasarkan 20 peratus daripadan jumlah jualan keseluruhan terdiri daripada kenderaan elektrik bateri, dan selebihnya merupakan varian hibrid.
 

India


Untuk tahun 2024 pula, sebanyak lima buah model EV yang dirancang untuk pasaran India, dan enam buah model EV untuk pasaran Eropah.

Menariknya, terdapat dua kereta mini yang bakal dibawakan oleh Suzuki untuk pasaran India, salah satu daripadanya merupakan Suzuki Hustler EV.

Sementara pasaran Eropah pula dijangka akan menerima lima buah EV pada tahun yang sama termasuklah sebuah model kereta bandar, model produksi eVX, Suzuki Fronx, serta Suzuki Jimny!
 

Eropah


Berbanding pasaran Jepun, Suzuki menyasarkan 80 peratus daripada jumlah jualan kenderaan di Eropah terdiri daripada kenderaan elektrik bateri, dan selebihnya disumbangkan oleh model hibrid.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pasaran Eropah akan mengharamkan penjualan kenderaan baharu berenjin pembakaran dalaman menjelang tahun 2035.

Tidak mengenepikan segmen kenderaan dua roda, Suzuki turut menyasarkan pelancaran sehingga lapan buah motosikal elektrik menjelang tahun 2030 untuk pasaran global.
 

EVX


Sehingga tahun 2030, Suzuki akan melabur sebanyak 4.5 trilion yen (RM147.59 bilion) dalam penyelidikan dan pembangunan, serta perbelanjaan modal yang diperlukan untuk membina EV.

Daripada jumlah itu, 2 trilion yen akan diperuntukkan untuk teknologi swapandu dan elektrifikasi, manakala selebihnya akan digunakan untuk membangunkan fasiliti tenaga boleh diperbaharui dan kilang bateri EV.

Sumber: Euronews, Carscoops

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…