Suzuki Swift Sport Katana dengan kit badan lebar di Tokyo Auto Salon 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, acara Tokyo Auto Salon 2020 yang bakal berlangsung tidak lama lagi bakal menjadi medan 'pertempuran' model-model yang sangat menarik daripada para pengeluar automotif, terutama dari negara matahari terbit tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Suzuki juga tidak mahu melepaskan peluang sedia ada, dan kali ini mereka akan membawakan tiga buah model yang bakal memberikan idea kepada mat-mat modders, iaitu Suzuki Swift, Suzuki Jimny dan Suzuki Hustler.
 

Suzuki Swift Katana

 

Model tribut kepada jentera dua roda Suzuki Katana yang membuat kemunculan selepas 14 tahun 'tidur' itu kini didatangkan dengan penampilan yang lebih agresif. 

Resepi yang digunakan adalah kit badan lebar, fender flare, spoiler lip hadapan, rim yang lebih besar serta kereta yang duduk lebih rendah, terima kasih kepada penggunaan sistem suspensi yang lebih keras.

Perencah lain yang digunakan adalah sistem ekzos yang telah dinaiktaraf dengan tiga tip yang keluar di sisi kiri kenderaan berhadapan dengan tayar belakang. 

Tema katana pula menggunakan warna merah yang dikontraskan dengan warna hitam pada bumbung dan juga perumah cermin sisi. 
 

Suzuki Jimny Marine Style


Jentera off-road paling popular ini sesuai untuk mereka yang merupakan kaki pancing dan usah tidak tahu Jimny ini menggunakan upholsteri yang dibalut dengan bahan yang sama digunakan untuk membina pakaian basah (wet suit).

Di bahagian bumbung, Suzuki telah memasang sebuah ruang storan untuk menyimpan rod memancing, kanopi, serta bar lampu LED. 

Suzuki Jimny ini akan dipamerkan bersama-sama bot kecil Suzuki S17 pada acara Tokyo Auto Salon.  
 

Suzuki Hustler Street Base


Direka untuk menawan golongan muda yang mahu menikmati sukan jalanan seperti papan selaju dan basikal BMX, Suzuki Hustler menerima layangan warna matte yang dikatakan menyerupai sebuah kontena mengikut kata Suzuki. 

Sementara itu, bahagian dalaman Hustler ini mempamerkan ruang seakan sebuah mini disko yang penuh dengan pancaran lampu dan juga pembesar suara. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hot hatch ini diperlihatkan secara rasmi bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2020 yang bermula pada…
Berita Global
Hadiah tersebut berupa model berskala yang diproduksikan oleh Tomica, iaitu sebuah model replika…
Berita Global
Selain daripada projek Nissan GT-R Convertible dan Toyota GT86 Sedan yang kami siarkan sebelum ini…