Suzuki V-Strom 800DE rasmi di pasaran Malaysia - Enjin dan casis serba baharu, bermula dari RM60,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Model yang ditunggu-tunggu, Suzuki V-Strom 800DE sebentar tadi telah selamat dilancarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga yang sangat kompetitif bermula dari RM60,800 untuk 50 unit pertama, dimana harganya akan meningkat sekitar 5 hingga 10 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Didedahkan pertama kali di acara EICMA 2022 di Milan, V-Strom 800DE menampilkan binaan casis serta enjin 776 cc serba baharu yang menjanjikan tunggangan lebih mengujakan.

V-Strom 800DE dikuasakan enjin 776 cc dua silinder selari yang menghasilkan 83 HP dan 77.2 Nm, dimana ia menampilkan sistem Suzuki Cross Balancer System bersama aci engkol 270 darjah.

Ia turut dilengkapi dengan rim aloi jenis jejari bersaiz 21 inci di depan dan 18 inci dibelakang, dibaluti oleh tayar rekaan semi-block jenama Dunlop Trailmax Mixtour.

Pada bahagian suspensi, ia menggunakan fork boleh laras jenis Showa dengan fungsi pelarasan untuk pra muat spring serta pelarasan mampatan dan lantunan.

Meningkatkan lagi ciri moden, V-Strom 800DE juga dilengkapi meter TFT berwarna 5 inci yang menampilkan tetapan dan maklumat penting semasa menunggang.

Selain reka bentuk dan teknologi baharu pada enjin, V-Strom 800DE turut didatangkan dengan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) merangkumi pelbagai jenis bantuan elektronik bagi memberikan tunggangan yang lebih mengujakan.

SIRS turut menampilkan fungsi pilihan mod tunggangan mengikut kesesuaian permukaan dan penunggang.

Antara ciri sistem S.I.R.S ialah:

  • Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)
  • Suzuki Traction Control System (STCS)
  • Bi-directional Quick Shift System
  • Low RPM Assist
  • Suzuki Easy Start System
  • Rear-Wheel ABS Off-mode

Untuk pasaran Malaysia, Suzuki V-Strom 800DE ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Yellow No. 2 dan Glass Mat Mechanical Gray.

Dengan harga bermula dari RM60,800 Suzuki Malaysia turut menawarkan waranti 2 tahun atau 20,000 km, dan akan tersedia di seluruh bilik pameran Suzuki Big Bike World seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Identiti V-Strom mudah dikenali dengan kehadiran muncung paruh yang diposisikan lebih tinggi,…