Suzuki Vitara 2019 versi facelift tampil lebih segar - dua pilihan enjin turbo ditawarkan

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keempat Suzuki Vitara mula diperkenalkan pada 2014 menerusi Paris Auto Show dan setelah hampir empat tahun di pasaran, ia hadir dengan beberapa kemas kini bagi menampakkan ia lebih segar.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Vitara kini tampil dengan gril hadapan dan bumper yang telah direka semula, lampu belakang serba baharu serta dua lagi pilihan warna telah ditambah ke dalam katalog. 
 


Panel instrumen juga telah direka semula dengan menampilkan paparan info berwarna di tengah-tengah kluster meter, selain menggunakan bahan plastik jenis soft touch pada papan pemuka. 

Terdapat dua pilihan enjin yang bakal ditawarkan kepada para pembeli, iaitu enjin 1.0 liter (109 kuasa kuda) serta enjin 1.4 liter turbo (138 hp/220 Nm) serta pacuan empat roda AllGrip sebagai pilihan kepada varian turbo. 

 


Antara peralatan keselamatan yang bakal disumbatkan ke dalam Suzuki Vitara versi facelift ini termasuklah amaran penukaran laluan, alat pengesan papan tanda, pengesan titik buta, amaran lintasan pejalan kaki, serta bantuan brek dengan sistem sensor berkembar.  

Suzuki bakal mengemaskini harga jualan serta trim yang akan ditawarkan tidak lama lagi, dan yang pasti kita di Malaysia hanya mampu untuk melihat sahaja Vitara ini di pasaran luar. 

Sumber: Carscoops