Syarikat bas awam, henti henti perlu laksana Sistem Tanpa Tunai

oleh Penyumbang Rencana 2|
Semua syarikat pengendali perkhidmatan bas awam khususnya bas henti-henti di seluruh negara disyaratkan segera melaksanakan sepenuhnya sistem pembayaran tanpa tunai.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan mentransformasi ekonomi negara ke arah ekonomi digital atau menuju ke arah masyarakat tanpa tunai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

“Perkara ini merupakan satu inisiatif yang baik dan memang kerajaan ingin mensyaratkan kepada syarikat-syarikat bas supaya semua syarikat pengendali pengangkutan awam terutamanya bas henti-henti di seluruh negara mengambil langkah untuk melaksanakan sistem pembayaran tanpa tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Penggunaan Sistem Touch ‘N Go Perak Transit dan myBAS di Terminal Amanjaya, di Meru, Ipoh pada Khamis.

Menurut Anthony, penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai tidak membabitkan kos besar dan ia antara syarat perlu diikuti syarikat pengendali bas berkenaan terutama bagi yang menerima subsidi kerajaan.

 

 

Malah katanya, tidak ada alasan untuk pengendali perkhidmatan bas tidak melaksanakan sistem terbabit kerana banyak syarikat tanpa tunai yang sedia bekerjasama.

Tegas beliau, kerajaan akan menarik balik subsidi tersebut sekiranya pengendali perkhidmatan bas enggan melaksanan sistem tanpa tunai terbabit.

Tambah Anthony, pengaplikasian sistem tanpa tunai juga bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan bas henti-henti dengan memastikan perkhidmatan yang boleh diharap, selesa, selamat serta menepati keperluan penduduk setempat.

“Banyak kebaikan menggunakan sistem ini. Kos operasi dapat  dikurangkan khususnya kepada operator bas. Malah sistem ini juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu menunggu lama jika operator tidak memiliki wang kecil.

 


“Melalui sistem ini, sesiapa sahaja yang menaiki bas hanya perlu sentuh sahaja kad berkenaan dan mungkin ianya akan mengalami isu lain seperti kad berkenaan tiada baki atau sebagainya tetapi saya yakin bahawa perkara ini dapat diatasi,” katanya.

Setakat ini, myBAS Ipoh dikendalikan Perak Transit adalah yang pertama di Malaysia menggunakan sistem tanpa tunai.

Sejak dilancarkan pada Jun 2016, jumlah penumpang perkhidmatan myBAS Ipoh hanya 20,667 orang dan seterusnya melonjak kepada 161,964 orang pada Disember lalu.

Selain menggunakan kad pengenalan, penumpang juga boleh menggunakan kad konsesi Perak Transit Touch n Go (PT Touch ‘n Go) untuk membuat pembayaran tambang. 

Kad ini dijual pada harga RM10 serta RM15 dan boleh didapati di  Stesen Bas Medan Kidd dan Terminal Meru Raya.

Artikel oleh: Hamimah Hamid

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…