Syarikat China hasilkan EV klon Mini klasik

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat beberapa contoh di mana syarikat automotif China mengambil dan meniru rekaan model-model klasik seperti contoh Chevrolet Corvette dan juga Volkswagen Beetle.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terbaharu, model klasik Mini yang sebelum ini dihasilkan oleh BMC kini menjadi mangsa klon oleh syarikat EV dari China, dan bukannya dihasilkan oleh MINI atau BMW.

Menurut laporan daripada Car News China, rekaan Mini klasik ini telah pun dipatenkan di China oleh syarikat Beijing Estech Technology dan disokong oleh dua syarikat iaitu IAT Automobile Technology (IAT) dan pengeluar SUV kustom Karlmann King.
 

EV


Difahamkan, hanya nama Mini sahaja yang kekal, akan tetapi dimensi dikatakan lebih besar dan mampu memuatkan sehingga empat orang pada satu-satu masa.

Namun dari segi rekaan, anda boleh lihat dengan jelas rekaan asal Mini telah berjaya dihasilkan dengan baik, seperti contoh rekaan tingkap, penyeka kaca, rim klasik dan tidak ketinggalan lampu nombor pendaftaran yang retro itu.
 

EV


Port pengecasan kereta Mini EV ini sebenarnya terletak di sebalik penutup 'tangki minyak' rekaan retro yang terletak di bahagian fender belakang sebelah kiri.

Setakat artikel ini ditulis, pihak pembangun tidak mendedahkan lagi nama rasmi  yang bakal digunakan pada model klon Mini ini.

Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Global
Beliau membuat kenyataan tersebut semasa satu acara di Ohio. Sewaktu beliau menjadi Presiden,…