Syarikat induk myTukar raih US$360 juta pusingan pendanaan diterajui Softbank

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat induk myTukar, Carro hari ini mengumumkan ia telah meraih US$360 juta (RM1.48 bilion) dalam pusingan pendanaan Siri C yang diterajui oleh Softbank Vision Fund 2 sekaligus menjadi 'unicorn' pasaran automotif pertama di Asia Tenggara


Pelabur-pelabur penting yang terbabit di dalam pusingan pembiayaan kali ini termasuklah beberapa dana dari Indonesia yang terkenal termasuk EV Growth.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Aaron Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Carro berkata, "ini merupakan satu pencapaian besar buat kami, dan kami amat menghargai sokongan padu dari para pelabur terhadap kuasa transformasi AI di dalam industri automotif untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang cemerlang.

"Memandangkan pendigitalan kini membentuk landskap global menerusi tabiat pengguna dan amalan perniagaan baharu, ini adalah waktu yang amat mengujakan untuk pasaran kereta dalam talian hujung-ke-hujung seperti Carro," ujarnya lagi.

Carro akan menggunakan data tersebut untuk mengukuhkan posisinya sebagai peneraju di dalam pasaran, serta mengembangkan lagi penawaran jualannya di Indonesia, Thailand, Malaysia dan Singapura.

Carro juga akan meluaskan portfolio perkhidmatan kewangannya sebagai tambahan kepada pembiayaan pinjaman, serta mempercepatkan pembangunan keupayaan AI syarikatnya.

Greg Moon, rakan kongsi pengurusan di SoftBank Investment Advisers menjelaskan, "kami gembira untuk bekerjasama dengan Aaron dan pasukan Carro bagi membantu mencapai matlamat meluaskan capaian kepasaran baharu,serta menggunakan teknologi yang dikuasakan oleh AI bagi menjadikan proses pembelian kereta lebih pintar, mudah dan selamat.

Sebagai makluman, kali pertama SoftBank Group melabur dalam Carro adlaah pada tahun 2016 menerusi cabang modal usaha niaganya SoftBank Ventures Asia dan menerusian sokongan terhadap inisiatif pertumbuhan Carro sejak itu.

Carro mengakhiri tahun kewangan berakhir Mac 2021 dengan pertumbuhan hasil melebihi 2.5 kali dengan EBITDA positif untuk tahun kedua berturut-turut. Malah, Carro juga telah diiktiraf sebagai syarikat paling pantas berkembag di Asia Pasifik untuk tahun 2021 oleh The Financial Times dan Statista.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…
Berita Domestik
Carro yang juga merupakan syarikat induk bagi myTukar juga telah melebihi sasaran keuntungan untuk…