Masalah bekalan mikrocip ini membuatkan syarikat kenderaan dunia mengkaji semula cara sistem pembekalan vendor mereka berfungsi.
Sebelum ini mereka membuat perjanjian terus dengan pembekal bahan mentah, termasuk logam-logam khusus seperti palladium dan platinum yang penting dalam penghasilan sistem pembersihan asap dalam ekzos.
Mark Wakefield, ketua bersama untuk bahagian automotif AlixPartners berkata masalah meruncing sekarang membuatkan syarikat kereta berfikir kembali untuk membuat perjanjian terus kepada syarikat pembekal semikonduktor agar masalah yang sama tidak akan berlaku lagi.
Ford pula dalam usaha untuk mengubah komponen-komponen dalam kenderaan mereka agar membolehkannya menggunakan mikrocip yang lebih mudah didapati.
Ini akan membantu mereka keluar dari kemelut cip yang semakin parah itu.
* Laporan penuh di The Star