Syarikat Kenderaan Nasional baharu - ramai tidak setuju

oleh HEZERI SAMSURI|
Awal pagi tadi Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berkata semasa dialog di Persidangan Nikkei Ke-24 di Jepun bahawa beliau mencadangkan syarikat kenderaan nasional yang baharu kerana "syarikat kenderaan nasional perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia".
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kenyataan itu mendapat respon yang negatif dari ramai pembaca Careta di media sosial dan juga dari laman-laman media sosial milik media massa tempatan.

Antara isu-isu yang ditimbulkan oleh netizen Malaysia ialah:

  1. Penjualan kenderaan Malaysia sudah sampai tahap matang (antara 500,000 ke 700,000 unit setahun) dan negara sebesar Malaysia tidak mampu untuk menampung jumlah kenderaan yang terlalu banyak.
  2. Penambahan kenderaan akan menyebabkan jalanraya semakin sesak. Isu ini kemudian ditambah dengan persoalan sepatutnya sistem pengangkutan awam ditambah dan bukannya dibatalkan (MRT 3).
  3. Bukti penjualan Proton kepada Geely ialah bukti projek kereta nasional tidak boleh dilakukan dan kerana itu tidak perlu dibuat satu lagi jenama nasional.
  4. Penghasilan Syarikat Kenderaan Nasional yang baharu akan memungkin sistem perlindungan diperkenalkan semula, dan ini akan menyebabkan kenderaan jenama lain dikenakan cukai yang lebih tinggi.

Namun begitu ada yang menyokong saranan Tun Mahathir. Antara idea mereka ialah:

  1. Cadangan Syarikat Kenderaan Nasional yang baharu boleh disokong sekiranya ia hanya mahu menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV).
  2. Negara Malaysia tidak boleh berharap kepada perdagangan sumber petroleum sahaja. Malaysia perlu bangkit dengan teknologi-teknologi baharu agar negara boleh mendapat hasil dari menjual teknologi dan produk tersebut. Sekiranya Syarikat Kenderaan Nasional yang baharu itu hadir dengan teknologi terkini, maka ia patut disokong.
  3. Ada juga yang berkata mereka boleh menyokong penubuhan Syarikat Kenderaan Nasional yang baharu sekiranya cukai untuk kenderaan jenama asing dilupuskan.

Apa pendapat anda? 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebenarnya, jarang kami dapat menemuramah Tengku Azizan ini kerana ayah kepada dua orang cahaya…
Berita Domestik
  Perdana Menteri berkata negara BELUM BERSEDIA menggunakan kereta terbang sebagai satu sistem…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara hakikatnya, tidak semua yang memiliki konsesi lebuh raya yang mendapat…