Syarikat pembersih hampagas Dyson bina fasiliti pemasangan kereta elektrik di Singapura

oleh Mohamad Hanif|
Dyson, sebuah syarikat teknologi yang berasal daripada Britain dan terkenal dengan ciptaan pembersih hampagas tanpa beg (bagless vacuum cleaner) itu dikatakan bakal memasang kenderaan elektrik sendiri di Singapura.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengumuman terbaharu tersebut turut menyebut pembinaan fasiliti pemasangan kenderaan jumlah yang rendah (low volume production) setinggi dua tingkat dengan jumlah pelaburan mencecah US $3.3 billion (RM13.73 billion) dan  jangkaan siap sepenuhnya menjelang tahun 2020. 

Menurut laporan itu lagi, jumlah pengeluaran dijangka tidak akan mencecah bilangan sebanyak 10,000 unit dan penjualannya disasarkan kepada pasaran Asia yang kini sedang meningkat naik. 


Syarikat tersebut walaupun baharu sahaja mengumumkan pembinaan kilang pemasangan kereta elektriknya, usah terkejut apabila mereka sudah pun mempunyai kira-kira 1,100 orang pekerja di Singapura. 

Jumlah tersebut terbahagi kepada dua unit fasiliti yang terletak di Singapore Technology Centre dan juga Advanced Manufacturing Centre di West Park di mana ia merupakan lokasi pemasangan motor elektrik keluaran Dyson. 

Walaupun kilang pemasangan ditetapkan lokasinya di Singapura, segala ujian dan pemerolehan data pemanduan dalam dunia sebenar akan dilakukan di Hullavington Airfield, Wiltshire. 
 

gambaran artis menunjukkan litar ujian di Wiltshire


Ketika disoal kenapa Singapura dipilih, CEO Dyson Jim Rowan menjelaskan, "Singapura kini menawarkan akses kepada pasaran berkapasiti tinggi selain memberikan sumber bahan mentah yang pelbagai dan juga tenaga kerja yang mahir."

"Walaupun pada dasarnya ia melibatkan kos yang amat tinggi, ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk membangunkan mesin berteknologi tinggi, dan juga kenderaan elektrik kami," ujar beliau dalam satu surat. 

Dyson akan memfokuskan kepada perincian teknologi dalam pembinaan EV mereka menggunakan bateri jenis solid-state untuk mengurangkan berat kenderaan disamping menawarkan ketumpatan tenaga yang lebih baik. 
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Jim Rowan yang merupakan bekas CEO Dyson antara tahun 2017 hingga 2020 itu sebelum ini turut…
Berita Global
Manakan tidak, projek untuk menghasilkan sebuah kereta elektrik bukanlah satu perkara yang boleh…
Berita Global
Menurut James Dyson, walaupun dengan teknologi dan rekaan yang lebih maju berbanding EV sedia ada,…