Oleh sebab itu, sebuah syarikat pemula yang lahir dari Istanbul, Tozz Bike tampil dengan idea yang menggandingkan skuter tendang elektrik dengan elemen BMX dan juga papan selaju yang digelar sebagai Pipegun #1.

Pipegun #1 (PG-1) membuat kemunculan secara rasmi pada acara Design Week Turkey, dan hanya dihasilkan dalam 20 unit terhad sahaja.
Setiap satu didatangkan dengan rangka keluli tahan karat, bar hendal stail BMX, rim bersaiz 20 inci Eclat dengan tayar BMX Salt Tracer berwarna merah terang, brek cakera pada roda belakang, serta unit lampu LED yang diposisikan rendah.

Motor elektrik hub Bafang 250 W itu berupaya menjana daya kilas 45 Nm, kelajuan tertinggi 25 km/j dan mampu untuk mendaki curam bersudut sehingga 12 darjah, sementara pek bateri Li-ion pula menjanjikan jarak sejauh 45 km.
Untuk mereka yang mahukan jarak lebih jauh (60 km), PG-1 turut ditawarkan dengan motor elektrik Bafang 500 W, daya kilas 60 Nm, dengan kelajuan tertinggi 35 km/j.

Harga jualan bermula dari US$2,100 (RM8,754).
Sumber: Tozz Bike