"Apabila disabitkan kesalahan, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM50,000, atau kedua-duanya sekali," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, pada Isnin.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Tuan Che Alias Hamid mengenai bentuk penalti terhadap syarikat platform yang gagal menunaikan tanggungjawab mencarum bagi pekerja gig seperti yang ditetapkan kerajaan.
Sementara itu, menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Ibrahim mengenai jumlah kompaun kesalahan yang dikeluarkan terhadap majikan yang ingkar mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Abdul Rahman memaklumkan bahawa setakat Oktober lepas, sebanyak 4,564 tindakan pendakwaan telah diambil terhadap pelbagai kesalahan majikan.
"Daripada jumlah itu, 1,276 kes atau 27.95 peratus melibatkan majikan gagal mencarum Perkeso dengan tunggakan caruman berjumlah RM31.14 juta.
"Kerajaan tidak akan mengeluarkan notis kompaun, sebaliknya tindakan tegas terus diambil melalui pendakwaan di mahkamah," katanya.