Konsep unik itu terdiri dari dua payung terjun kecil menggunakan tabung gas atau peledak untuk "membuka" payung terjun itu agar penunggang motosikal diseret keluar dari motosikal sebelum kenderaan itu melanggar objek-objek lain.
Ia mungkin dihasilkan lebih untuk kegunaan litar di mana arah motosikal yang terbabas itu lebih mudah untuk diagak. Mungkin juga kerana di litar, tidak ada kenderaan lain yang besar di belakang untuk merempuh penunggang yang tiba-tiba muncul di udara.
Airbag Inside sebeanrnya sudahpun menghasilkan beg udara terbina di dalam untuk penunggang motosikal dan ia kelihatan lengkap dan selamat.
Beg udara terbina di dalam jaket menunggang bukannya satu idea baharu dan memang sudah ada dijual di dalam pasaran. Dainese contohnya sudah ada menjual jaket D-Air dan boleh didapati di Malaysia.
Motosikal sememangnya adalah kenderaan yang mempunyai risiko yang tinggi untuk penunggang dan penumpangnya dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan risiko itu.