Tiga kumpulan itu diketuai oleh syarikat aero angkasa Meggit (MGGT.L), Nissan dan McLaren.
McLaren telah menawarkan kepakaran di dalam rekabentuk dan kejuruteraan kepada pihak kerajaan dalam usaha untuk membina ventilator ringkas tersebut.
Isnin lalu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menggesa syarikat-syarikat perkilangan seperti Ford, Honda dan Rolls Royce untuk membantu menghasilkan peralatan kesihatan termasuk ventilator.
Ratusan syarikat telah menyahut seruan kerajaan Britain itu dan mereka berharap perancangan untuk menghasilkan alatan-alatan itu akan dikemukakan dalam masa yang terdekat ini.
* Laporan asal dari The Reuters