Syarikat-syarikat trak Eropah sasar bebas bahanapi fosil menjelang 2040

oleh HEZERI SAMSURI|
Kesemua trak-trak yang dibina di Eropah bersetuju untuk meninggalkan teknologi bahanapi minyak menjelang tahun 2040.

Ini dipersetuji oleh syarikat-syarikat pembuat trak di benua itu walaupun Suruhanjaya Eropah bersetuju bahawa menjelang 2050, kesemua kenderaan yang dibina oleh negara-negara ahli perlu neutral karbon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Persatuan Pembuat Kenderaan Eropah (ACEA) berkata sasaran itu boleh dicapai sekiranya infrastruktur seperti stesen caj dibina di seluruh Eropah untuk menampung permintaan trak-trak elektrik.

Antara jenama yang berada di dalam pakatan itu ialah Scania, Daimler Trucks, Volvo, Iveco, MAN, DAF dan Ford.

Menurut CEO Scania Henrik Henriksson, perubahan iklim adalah cabaran terbesar generasi sekarang tetapi keperluan menghantar makanan, perubatan dan bahan-bahan keperluan juga naik mendadak kerana pandemik Covid-19.

"Kami tidak mampu untuk melakukannya bersendirian. Usaha ini perlu dibantu oleh pembuat polisi dan agensi-agensi berkaitan," tambahnya.

* Laporan penuh di caradvice

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Global
Volvo FM Low Entry ini merupakan model trak pertama Volvo yang dibangun dengan sistem pacuan…
Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…