Syarikat Turki TOGG dedah konsep kereta rekaan Pininfarina di CES 2022

oleh Mohamad Hanif|
TOGG, atau nama penuhnya Türkiye’nin Otomobili Girişim Grubu (Turkey's Automobile Joint Venture Group) merupakan antara jenama automotif yang termuda, namun ia sudah pun hadir dengan beberapa produk yang menarik.

Jika sebelum ini mereka tampil dengan sebuah model konsep SUV segmen C, kali ini TOGG membawakan sebuah model konsep sedan pada acara Consumer Electronics Show (CES 2022).
 

TOGG


Model konsep yang dinamakan sebagai Transition Concept Smart Device (nama yang sedikit aneh untuk sebuah kereta) ini dibangunkan bersama Pininfarina, dan hasilnya memang sebuah sedan fastback yang sangat moden rekaannya.

Bahagian hadapan sememangnya banyak membawakan rujukan elemen rekaan SUV segmen C (yang masih tiada nama itu), namun dengan rekaan gril bercahaya yang agresif.
 

TOGG


Bahagian sisi pula menampilkan bukaan pintu suicide yang memperlihatkan rekaan ruang kabin dengan empat tempat duduk, penggunaan warna cerah, serta papan pemuka yang menempatkan skrin tengah yang agak besar.

TOGG tidak mendedahkan sama ada model konsep ini bakal direalisasikan pada masa akan datang. Namun begitu, model produksi pertama TOGG dijangka akan mula dihasilkan pada tahun 2023.

Baca: TOGG dedah SUV segmen C

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, setelah hampir dua tahun, model pertama SUV EV itu diberitakan sudah bersedia untuk memasuki…
Berita Global
Namun, hal ini bakal berubah sedikit masa lagi apabila syarikat kereta nasional pertama Turki, TOGG…
Berita Global
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Daily Sabah (bukan Sabah, Malaysia),  kereta prototaip…