SYM VF3i 185 - kapcai pertama terima penarafan lima bintang MyMAP!

oleh Mohamad Hanif|
Motosikal kapcai SYM VF3i 185 menjadi model motosikal pertama di Malaysia yang dianugerahkan penarafan lima bintang menerusi program penilaian keselamatan motosikal MyMAP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MyMAP merupakan program penilaian anjuran MIROS dengan kerjasama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Menurut laporan daripada Bernama, empat kriteria yang akan dinilai bagi sesebuah model motosikal adalah pematuhan kepada peraturan Suruhanjaya Ekononi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Eropah (UNECE), Comformity of Production (COP), teknologi ciri keselamatan dan program sokongan.

Menurut Ketua Pengarah MIROS, Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, penilaian taraf bintang bagi sesebuah model itu mengambil masa sebulan dan taraf bintang boleh menurun sekiranya tiada komponen ABS pada motosikal itu.

"Ciri utama sebuah motosikal yang selamat adalah dengan mempunyai ABS. Lima bintang adalah penarafan yang paling baik, tetapi penarafan bintang itu boleh menurun jika motosikal tidak mempunyai ABS.

"Kita berharap satu hari nanti, bila nak beli motor, sudah dilengkapi ABS. Dengan bantuan teknologi seperti ABS, kita boleh kurangkan jumlah kematian melibatkan penunggang motosikal," katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan harga jualan yang agak mahal, ia bukanlah sebuah motosikal untuk kebanyakan pengguna marhaen…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Pembeli dan peminat Y15ZR boleh mendapatkan model tersebut dalam warna kuning, perak, hijau matte…