Syntax Valley Parking umumkan aplikasi baharu untuk pengguna di Melaka

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Perhatian kepada orang Melaka, Syntax Valley Parking (M) Sdn Bhd (SVP) baru-baru ini telah mengumumkan aplikasi baharu untuk sistem parkir di Melaka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Aplikasi baharu yang dibangunkan iaitu SVP Smart Parking Melaka itu telah dijenamakan semula dari aplikasi lamanya, Smart Vehicle Parking Melaka 2.0.

Dengan pengumuman aplikasi baharu, penggunaan aplikasi lama nya akan ditamatkan.

Bermula 1 Mac 2023, aplikasi SVP Smart Parking Melaka telah menjadi jenama baharu dan jenama rasmi bagi aplikasi Parkir Melaka untuk MBMB & MPHTJ.

Bagi mereka yang telah berdaftar dengan aplikasi lama,  anda hanya perlu buang aplikasi Smart Vehicle Parking Melaka 2.0 dan muat turun aplikasi SVP Smart Parking Melaka baharu di Google Play Store.

Buat masa ini, aplikasi tersebut hanya tersedia untuk pengguna telefon pintar Android, manakala pengguna IOS dan Huawei perlu menunggu sementara pihak SVP mendapatkan kelulusan untuk aplikasi tersebut.

Untuk sementara waktu, pengguna IOS dan Huawei masih boleh menggunakan sistem pembelian tiket atas talian seperti biasa di laman sesawang Smart Parking Melaka.