Dakwaan kadar kelulusan pinjaman semakin rendah
Menurutnya, walaupun BNPL nampak ringan kerana bayaran dibuat secara ansuran kecil, institusi kewangan tetap menilai komitmen tersebut ketika proses semakan kredit. “Saya juga Gen Z, dan saya nampak perkara ini berlaku di sekeliling saya. Ramai kawan gagal lulus pinjaman kerana terlalu kerap menggunakan BNPL,” katanya. Beliau turut mendakwa sekitar 90 peratus permohonan pinjaman dalam kalangan golongan muda berdepan risiko penolakan apabila rekod kewangan menunjukkan terlalu banyak komitmen aktif.

Bebenang Threads
BNPL bukan personal loan, tetapi tetap komitmen kredit
Ramai pengguna masih keliru sama ada BNPL dikira sebagai pinjaman peribadi. Secara teknikal, BNPL bukan personal loan tradisional kerana nilainya kecil dan tempoh bayaran lebih pendek. Namun dari sudut kewangan, ia lebih dekat kepada pembiayaan mikro atau consumer credit. Ini bermaksud walaupun jumlah ansuran nampak kecil, bank tetap boleh mengiranya sebagai komitmen bulanan ketika menilai kelayakan pinjaman kereta atau pembiayaan lain.
Hutang isi rumah Malaysia antara tertinggi di rantau ini
Isu BNPL ini turut dikaitkan dengan tahap hutang isi rumah di Malaysia yang antara tertinggi di Asia Tenggara. Anggaran menunjukkan jumlah hutang isi rumah mencecah sekitar RM1.53 trilion pada akhir 2023, bersamaan kira-kira 84 hingga 89 peratus daripada KDNK negara. Sebahagian besar hutang datang daripada pinjaman perumahan melebihi 60 peratus, diikuti pinjaman kenderaan sekitar 13 peratus serta pembiayaan peribadi.
Risiko DSR tinggi dan tekanan kos sara hidup
Walaupun kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) masih rendah sekitar 1.1 hingga 1.2 peratus, peminjam dengan nisbah Debt Service Ratio (DSR) yang tinggi kekal berisiko. Golongan dengan DSR melebihi 60 peratus dilaporkan lebih mudah terdedah kepada tekanan kewangan, terutama dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat dan kadar faedah sekitar 4.59 peratus pada penghujung 2025.
BNPL boleh jadi perangkap kewangan perlahan
Pengedar tersebut turut mengingatkan bahawa BNPL boleh menjadi perangkap kewangan perlahan apabila pengguna terus menambah komitmen baharu walaupun bayaran lama masih berjalan. “Ramai tak sedar, nampak kecil tetapi bank tetap anggap ia sebagai komitmen,” jelasnya.
Reaksi netizen dan isu literasi kewangan
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen, dengan ada yang bersetuju BNPL boleh menjadi punca masalah kewangan jangka panjang jika tidak digunakan secara berhemah. Sebahagian pengguna mengakui sedang berusaha menyelesaikan baki bayaran sebelum memadam aplikasi BNPL bagi mengelakkan rekod kredit menjadi lebih teruk. Isu ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai literasi kewangan dalam kalangan generasi muda di Malaysia apabila kemudahan pembayaran digital semakin mudah diakses.
Sumber asal: The Sun